Tuesday, November 8, 2016

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2
Suzie AhmadTuesday, November 08, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

Dah masuk part 2...huhu 

Alhamdulillah masih ada yang sayang.. Ramai yang bertanya khabar, tanya cerita.. camne berlaku.. macam2 la.. rezeki dalam pelbagai bentuk.. Subhanallah... 

Terima Kasih pada kawan2 yang ambil berat, tak lupa juga pada customer yang faham situasi.. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka yang baik2... kalah family sendiri, Family sendiri pun tak macam ni.. tu la Allah tarik rezeki kot sana, Tuhan bagi rezeki ikut sini..

Part 1 view reach 3000 view... panas betul ye tajuk ni.. biasa view ratus2 je.. hihi..
ok dah masuk part 2... kesudahan cerita part 1 aritu...




Alhamdulillah dah tertangkap pencuri tu. Dia di tangkap si satu rumah bujang. 

Syukur Ya Allah.. doa ku di dengar. Tahniah & Terima kasih team D7 Langkawi & Alor Setar yang cepat & pantas dalam membantu kami. 

Camne boleh tertangkap?

Ada cerita jugak.. kami tak duk diam pun lepas kejadian tu. 

1st - Trace last location phone. aku pakai iphone, nasib la apps find my iphone memang sentiasa on. untuk android aku tak pasti ada apps ke tak macam iphone. 
last seen location phone tu tak jauh sangat. 3.8km je dari hotel. somewhere area Kampung Alor Menong. Aku tak berani la nak pergi sendiri. so kami cuma salur info kat polis je. yang trace pun bukan aku. aku mintak tolong adik aku yang ada kat Bangi trace kan. 

2nd - aku memang saja tak block simkad untuk 1 hari. sebab aku nak ke celcom sendiri untuk block & trace last number dia call guna simkad aku. ye.. aku pakai bil. bil aku bulan2 pun rm50 je. kenapa aku boleh suspect dia akan guna phone aku utk call? sebab bila aku call phone tu ringing, cuma data aku je dia off. Dalam hati risau gak dia guna phone aku call merata jahanam gak aku nak bayar bil nanti. yes! celcom dengan murah hati bagi number tu kat aku & terus block simkad. ada 1 number yang dia call 4 kali pada 30/10/2016. dan nombor tu nombor phone jiran dia (entah ye entah tak, wallahualam)

Lain2 kad yang ada dalam tu tak sampai sejam kejadian semua aku block. 

Aku cuma rasa ralat dengan pihak hotel. kira senang cerita hotel memang lepas tangan habis lah. Ramai yang bagi pendapat saman je hotel sebab security yang out. Nak saman? cakap memang senang. yang nak hadap aku. Aku ni bukan sapa sapa. dorang tu sapa... pada mata kasar memang nampak dorang yang salah, cctv tak berfungsi, security guard pun macam tak wujud. 

Tapi kena ingat.. diaorang ni ada duit. aku bukan la dalam kategori senang. benda ni bila dah melibatkan duit, yang salah pun nampak betul. tak payah pegi jauh la... korang tengok PM sendiri dah la... elok2 aku hilang cuma dalam 1k-2k, turun naik mahkamah, aku pulak kena saman fitnah... biarlah hotel tu macam tu.. hotel pun banyak sekarang, namun kata nak jejak SERI MALAYSIA sorry memang tak dah la.. banyak lagi hotel yang lebih selesa & MURAH. keutamaan sekarang nak cari hotel benda pertama akan aku tanya CCTV ada? & kat mana?

pemerhatinya? anak-anak2 aku. dorang akan tengok cctv duk kat mana.. kalau yakin OK baru check in. Aku suggest sangat korang kalau ke Alor Setar pi duk kat T-Hotel kat kawasan perusahaan tandop dekat ngan Alor Setar Mall. Bilik best. cctv ada setiap sudut, receptionist baik & MURAH!
Masa nak g untuk buat pengecaman barang kes aku stay situ. 1 katil KING + 1 katil single = RM90. tak de breakfast. tapi dah duk situ tak payah risau pasal makan. banyak je kedai murah korang boleh pilih. 

Dengan tertangkapnya si pencuri maka hampir selesai lah kes aku. aku pun dah selamat buat pengecaman barang kes di IPD Alor Setar baru baru ni. 

Walaupun ada pihak yang merayu untuk aku tarik balik kes, pw phone, pm kat fb habis ngan husband aku pun dorang pw salah tetap salah. Bukan aku tak ada empati. Tapi ini sebagai 1 pengajaran untuk dia & juga orang lain. Setiap yang berlaku ada hikmah yang Allah nak beri. Berlapang dada (seperti mana aku berlapang dada barang semua kena curi sampai seposen pun tak ada dalam tangan), teruskan hidup yang Allah dah tulis untuk kita. 

Tak apa duit & barang kemas yang aku tak dapat balik tu, aku halal kan. mungkin dah rezeki dia & isteri & anak2 dia.. aku anggap saja sedekah (walaupun agak menyusahkan aku). Yang mana aku boleh dapat balik lepas selesai jatuh hukum, maknanya itu masih rezeki aku.

Semoga ini dapat membawa 1 hidayah & asbab untuk dia jadi lebih baik & petunjuk kepada aku 1 family walaupun aku trauma jugak 2-3 hari tak lalu makan, tak lena tido..

Dalam keadaan aku macam ni baru aku tahu siapa kawan sejati kawan susah senang... 
Siap buat derma kilat untuk aku 1 family.. SubhanaAllah... 
Aku sayang korang sangat2... You know who you are.... 
Yang tak putus2 tolong aku 1 family, yang bagi kata2 semangat, bertanya khabar.. 
customer2 yang sangat memahami situasi aku.... 

Phone masih lagi nombor yang sama.. Alhamdulillah, ada hamba Allah baik hati bagi pinjam phone dia yang masih elok tapi tak pakai. walaupun kerap hang , bertabah la cik suzie oiiii..... pelan pelan kayuh.....

eh cik ke?????

hahaha kak suzie pun boleh......


Alhamdulillah masih ada yang sayang....

So kita tunggu je la selesai pendakwaan apa keputusanya. :-) 

-END-


Apa Kata Anda

Tuesday, November 1, 2016

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia Alor Setar
Suzie AhmadTuesday, November 01, 2016 0 comments

Assalamualaikum.. lama tak berupdate.

Malas pun ada sebenarnya. Tapi arini aku nak update sebab nak simpan sebagai "kenangan".

Dah selamat dah adik ipar aku bergelar suami pada 29/10/2016. Aku punya plan nak keluar pulau sehari awal.

Tapi plan husband aku lain pulak, keluar awal pagi sabtu 29hb tu. Maka kami anak beranak bangun ngam pukul 5 pagi. anak2 pun kena la mandi sejuk2 kul 5 tu.. bersiaplah kami. Tapi malam tu husband tak balik, entah mana dia pegi. Malas nak tanya.

Dah siap tunggu punya tunggu punya tunggu jam dah 6:30 pagi. kalau naik feri kul 7:00 mana nak sempat dah ni.. call la dia... rupanya feri kul 8:30pagi!! cisss punya la subuh2 adam kami bangun bersiap.. ha tu la dia tak mau kabo. 

Feri gerak 8:45pagi. sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 9:50 macam tu. Nikahnya pukul 10:00 tapi bila call adik ipar aku yang lagi sorang tu bgtau, pukul 10:00 pun tak keluar lagi dari homestay, so kami bajet sempat la sampai masjid. Kuala Perlis - Jitra dekat je..

Macam2 hal, kul 10:30pagi baru dapat kereta.. teruslah kami shoot ke jitra...
Alih2 sampai masjid tu ngam2 adik ipar aku sah menjadi suami.. huhu, tak pe tak sempat tengok.. janji kami sampai sebelum bersanding..

dipendekkan cerita... lepas selesai sanding semua, kami balik homestay tempat parents in law aku stay malam tadi, rehat2 lepas isya' kami gerak ke Alor Setar. Dorang nak jalan2 Alor Setar sebelum gerak balik Johor, kebetulan malam tu last event Media Prima kat Stadium Darul Aman tu.. meronda la kami dalam tu... Elok kami habis meronda, hujan lebat turun. kesian kat budak2 kami pun cepat2 keluar dari perkarangan stadium tu & lepak kat depan pintu masuk Hotel Seri Malaysia.

Husband aku & 3 orang kawan dia masih lagi meronda kat dalam, tak tau la apa lagi yang nak di cari.. 

Bilik kat Seri Malaysia tu memang awal dah book tinggal ambil kunci je. Husband suh ambik kunci & bawak family dia lepak bilik. tapi dorang tak nak nak lepak je depan hotel tu. tak pe la aku pun tak la ambik kunci. lepak la sekali ngan dorang ni sembang2 depan hotel. setengah jam jugak la duk depan tu... 

Lepas tu parents in law pun nak gerak la balik, dah salam2 bagai babai2 segala, husband ambik kunci bilik, & beg dalam kereta utk aku bawak masuk bilik. 
Dia tak ikut masuk bilik, hantar sampai lobi je, dia nak keluar mengeteh jap ngan kawan dia. Aku pun terkedek2 la ngan anak2 nak p masuk bilik...nasib bilik bawah je. kot atas letih gak nak mengangkat beg yg berat tu. Memang tak plan pun nak masuk pulau ari yang sama.. tau memang tak sempat. so stay la 1 malam kat alor setar, esoknya la cadang nak pusing2 alor setar jap pastu baru nak masuk pulau.

Masa otw nak ke bilik tu macam2 la drama nya.. budak dua orang ni duk bawak belon dapat kat stadium tadi, belon masuk longkang la, bertolak suh ambik, dah ambik bergaduh pulak, aku tolak kau kau tolak aku.. Bising la pulak kat depan bilik orang.. nak cepat bagi elak budak2 ni memekak kat depan pintu bilik orang.. 

ok dari sini drama bermula...

Dah jumpa bilik aku bukak kunci, bukak pintu aku selit kunci kat suis2 tu, macam biasa la kan kalau masuk hotel. bila dah pastikan bilik ok lampu terbukak semua, baru la suh budak2 masuk... bila dah masuk bising la budak 2 orang ni melompat.. 

aku la yang terkedek tolak beg & biarkan pintu bilik tertutup sendiri tanpa aku tengok pintu rapat ke tak & tanpa aku tolak pun pintu tu. ok this is my careless... 

Letak beg kat tempat dia, aku letak handbag kat meja (dekat tv), aku bukak beg konon nak cari baju tido budak2 ni, sebab dah basah skit tadi kena hujan, cari2 macam tak jumpa pulak.. terasa macam nak kencing..

Aku keluarkan semua apa yang ada dalam poket seluar letak kat handbag aku masuk toilet. baru je dalam toilet aku dengar bunyi pintu yang kuat. terdetik dalam hati. "kuatnya pintu bilik sebelah ni dengar sampai sini"

Elok aku keluar toilet anak2 aku bagitau

"tadi ada orang masuk bilik ambik beg ibu"

aku pun "Haaaaa??? sapa???"

anak aku jawab "Orang tu bukan ayah!"

aku marah anak aku "kenapa korang tak jerit???"

si Ainin jawab "Orang tu suruh diam."

Aku : " Apesal hangpa cerdik sangat?!!!!"

Berlari aku keluar dari bilik cuba cari jejak si pencuri, berlari aku ke lobby tanpa tudung & tinggal anak kat bilik - ok yang ni pun aku careless jugak ni

Aku call husband guna phone reception. Nasib time tu aku ingat no phone husband. selalunya aku payah nak ingat.. lepas inform husband, baru aku teringat anak2 aku yang aku tinggal kat bilik. Berlari aku semula kat bilik. Masuk2 anak2 aku tengah nangis. Aku hangkut semua pergi ke lobby tunggu husband aku sampai. 

Husband aku sampai ngan kawan2 dia.. dorang tak kemana pun masih ada area KFC depan hotel tu je.. Husband aku pun meronda keliling hotel, soal siasat receptionist tu & request nak tengok CCTV. OK this is the saddest part! CCTV hanya ada kat lobby & depan hotel sahaja! bahagian ruang legar nak ke bilik2 hotel, area situ tak ada CCTV wokeh!!! 

Paling best sekali CCTV tengah upgrade & CCTV tu hanya hiasan tapi tak berfungsi pun!!! perghhhhh menyirap!

Pastu hotel bawak kami ke balai untuk report. Saksi utama adalah anak aku berdua ni la. 

Dah selesai buat report balik ke bilik, tunggu pegawai penyiasat datang. Ok ini memang macam CIB** skit. Pegawai penyiasat yang ambik statement aku ni memang dari balai lagi muka nak kena hempuk, aku bagi statement mata dia kejap2 ke TV, pastu aku bg statement dia dengar tak dengar, bila nak taip dia tanya benda yang aku dah mention tadi. Aku mula nampak kecikkkkkkk besar kecikkkkkkk besar je mamat ni. 

Datang bilik ambik gambar snap snap snap, sembang2 ngan manager bertugas malam tu dah chow!
and i'm not expect more. Aku tau, dia balik buat report, sign sign masuk file & put aside kes aku. tutup file that's it!

Malam tu aku memang tak boleh lena & tak lalu nak makan pun. 

Pastu hotel kira nak salahkan aku. sebab katanya pintu tak ada kesan pecah, dia kata kecuaian aku.

perghhhh...... dah la security kau OUT! pastu kau nak kata salah aku??? pastu apa tindakan kau?? NOTHING! 
Nak kata bagi aku free stay untuk 1 malam??? pun tak! at least ada jugak tanda minta maaf.. ni tak kau minta maaf cuma kat mulut, bilik tetap aku kena bayar! 

Kejadian tu berlaku tak sampai 15 minit pun aku masuk bilik. Aku tak sempat duduk pun atas katil tu, bilik dah kena ceroboh. 

Dan hotel cuma kata kecuaian aku????? 

Ha tu la dia HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR

sekarang ni aku fobia betul tengok @ dengar nama HOTEL SERI MALAYSIA ni. Ralat, terkilan, sebal, eh macam2 la rasa...

apa yang hilang???
Semua! yang tinggal kat aku cuma beg baju je dia tak angkut. 

Alhamdulillah dia tak apa2 kan anak2 aku atau pun dia tak ambik anak2 aku.. dia cuma ambik handbag aku je which is semua ada dalam tu.. & dalam tangan aku tak tinggal seposen pun..... 

Kes ni masih dalam siasatan. Aku semakin hampir kepada si perompak ni. Boleh follow aku kat FB aku Suzie Ahmad 

Wahai customer... maaf aku masih tak dapat reply whtasapp korang.. apa2 boleh PM kat FB personal atau pun page, Tapi may b agak lambat skit aku reply.. harap sabar ye sementara aku ada phone lain..

Ok uols... nak masuk beradu.. dah 2 malam aku tak lena tido & tak lalu makan.. makin kurus kering lah aku macam ni... huhu.. Tq atas semua doa kalian, InsyaAllah semoga urusan aku dipermudahkan.... Aamiin.... 




Apa Kata Anda

Thursday, September 1, 2016

Masih Pengedar yang SAH
Suzie AhmadThursday, September 01, 2016 0 comments

Assalamualaikum..

Selamat Pagi (masa di taip masih pagi, tak tau la korang baca kul brape.. hihi

Nak bagitau ni, walaupun aku ada jual macam2 sekarang ni, tapi aku masih lagi pengedar Shaklee yang sah tau.. cuma may be dah jarang buat promo kat FB, kat blog lagi la berkurun baru nak update. 

Tapi hari ni nak bagitau la kan.. aku nak update sebab teruja sangat dengan bulan ni punya promo.. perghhh gebu gebas la lepas ni uols....

sebab??

sebab bulan ni ada promo ESP & Vitamin C

apa promo dia?

Beli 7 percuma 1; beli 2 diskaun 5%



amacam?

terbaik uols.....

ok gerak lu pape roger... 

harga terbaik nak kasikkkk... hihi..

Suzie | 0132650441 | Shaklee Independent Distributor


Apa Kata Anda

Sunday, August 28, 2016

JERAWAT KECUT BILA GUNA SABUN
Suzie AhmadSunday, August 28, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

ke udara lagi..

ok nak cerita ni, kat blog aku ni ada 1 tajuk yang BOOM sangat. tau ape?

"hapuskan jerawat dalam 1 malam sahaja"

ramai la yang whatsapp tanya camne.. padahal dalam tu dah cerita dah guna apa.. siap harga sekali.. ermm korang ni buang la tebiat malas baca tu... bukan ape korang tanya tanya bila bagi harga senyap!

dik barang tu berkualiti dik.. nak yang berkesan.. tu la bendanya.. memang kecut...

Tapi yang bertanya tu kebanyakkan remaja.. remaja yang duit belanja sekolah pun mintak mak bapak lagi.. means masih remaja.. kalau remaja muka jerawat normal dik.. maknanya ada kecelaruan hormon kat situ... 

ok sekarang bukan nak cerita pasal vitamin E tu.. ni nak cerita pasal SABUN

ye SABUN...

aku dah try sabun ni sejak bulan puasa aritu... 

sekarang aku dah tinggalkan dah segala pencuci muka yang aku penah pakai. sekarang cuma pakai sabun ni je... dalam masa 7 hari je dah menampakkan hasil.

jerawat yang ada slow slow mengecut.. jerawat baru dah makin kurang naik. kulit muka berminyak pun dah kurang.. 

yang syok sekali pori dah semakin mengecil dan parut jerawat pun semakin pudar... 

korang tau apa sabun tu?

ha ni sabun bukan sebarangan sabun tau... homemade & handmade lagi.. menggunakan semua barang semulajadi...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaaaaa..... ini lah sabunnya...

sebuku sabun tahan sehingga 6 bulan (bergantung kepada cara penggunaan)

siapa sebenarnya yang perlukan sabun ni?


mereka yang 9 ciri di atas anda sangat perlukan sabun ni... 

mana nak dapat sabun ni?

macam biasa nanti whatsapp je ye...

gerak lu pape roger..... hihi..... 

Suzie | 0132650441


Apa Kata Anda

Monday, August 8, 2016

Page Baru: FreshPicks Langkawi
Suzie AhmadMonday, August 08, 2016 0 comments

Assalam..

Macam cheapsmore.. kejap ada kejap tak ada.

Ada yang rindu ke? meh la add Suzie Ahmad kat FB.. hihi..

nak cerita, sekarang ada product baru yang korang boleh dapat daripada aku.

Click SINI --> FreshPicks Langkawi 

Jangan lupa LIKE tau...

Apa itu fresh picks by cherrynazri ni?



so sesiapa yang mencari sabun dari bahan yang natural, homemade & berbaloi boleh contact aku... 

Killer product fresh picks ni adalah sabunnya.. yang classic edition & special edition.
nak tahu apa yang best? boleh refer pada page untuk tengok testimoni. confirm! puas hati....



Korang tau ni ape?


Ini la GLYCERINE SWEATING!!
Glycerine ni adalah Byproduct dr proses SAPONIFICATION. Tp dlm kebanyakan sabun commercial, dorg dh replace dgn CHEMICAL. Fungsi glycerine ni salah satunya sbg 'moisturizer' atau pelembut/pelembap.
Bila sabun yg TINGGI glycerin ni di biar terdedah dlm keadaan yg lembap, Glycerine akan menarik lembapan dari udara (kerana sifat Glycerine yg 'humectant', menarik air)
So kalw sabun korang x mcm ni.. paham2 jela ye.. n its about time utk bertukar ke Cherry Beauty Soap!

Nak order?

Suzie | 0132650441 | FP0039A-D2


Apa Kata Anda

Tuesday, May 10, 2016

Make Up Class
Suzie AhmadTuesday, May 10, 2016 0 comments

Korang...

ni cerita april aritu tau.. hihi.. sedang gigih scroll fb balik nak share cerita kat sini..


tadaaaa.........

hihi....

tak berapa cekap lagi part kening. kadang kadang jadi, kadang kadang tak jadi..

masa ni kening tak berapa nak menjadi..

banyak kena belajar lagi bahagian kening je.

gambar sebelum make up tu kat muka memang tak de ape.. tak de krim ke bedak ke ape sume tak de.. macam makcik makcik dah pulak aku rasa muka aku ni..

dah pakai mekap ok la sikit.. still tak puas hati.. haha see dengan diri sendiri pun tak puas hati..

eyeliner kena tebalkan sikit.. kena touch up lagi ni.. 

tak pe nanti next time boleh buat lagi baik..

by the way mekap class ni by mary kay...

ok nanti sembang lagi... 

chow.......


Apa Kata Anda

Bila mood malas sampai......
Suzie AhmadTuesday, May 10, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

aku sebenarnya banyak sangat nak story kat sini.. 

tapi lepas kes laptop rosak.. pc rosak.. aku jadi malas sebab yang aku ada cuma phone.

lepas tu ada la few issue yang tak boleh nak up ke media sosial lagi bertambah malas la..

this is the last year aku bersama dengan navy,, kenapa?

sebab husband aku decided nak stop a.k.a nak berenti navy...

so aku sekarang sedang meng'happy'kan diri & enjoy every moment yang ada ..

tak tau la hows life after this... 

.
.
.
.

ramai jugak reader yang terserempak dengan cerita aku pasal hapuskan jerawat 1 malam sahaja..
la ada yang ingat aku kelentong..

tak caya cuba la buat & hanya applicable utk Shaklee punya produk je.
produk lain aku tak tau.

aku berani up sebab aku buat.. ada jerawat picit vitamin e sapu balance makan..

terus terang harga agak mahal vitamin e ni.

tapi berbaloi...

ok jom chow dulu.. 

nanti sambung sembang lain ye... :-) 


Apa Kata Anda

Thursday, March 3, 2016

Ikan bilis dah siap kopek
Suzie AhmadThursday, March 03, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

semalam dah cerita pasal ikan bilis mata biru kan.. 
ada la jugak yang bertanya ikan bilis yang dah siap kopek..

ok untuk pengetahuan semua ikan bilis ni datangnya dari Langkawi.. since rumah pun dah dekar dengan kilang proses ikan bilis kan..

so aku membantu la kepada sesiapa yang suka dengan ikan bilis langkawi & untuk mereka yang jenis sibuk nak keluar shopping tapi tak de masa.. 


Yang ni ikan bilis yang siap dah kopek..
harga nya

RM25 untuk 500g
RM45 untuk sekilo (1 kg)


Yang ni pulak ikan bilis kopek putih.
yang ni putih sebab kualiti bagus lagi dari yg biasa tu
harganya

RM30 - 500g
RM55 - sekilo (1 kg)

Postage untuk semenanjung sahaja tambah
RM7 - 500g
RM11 - 1 kg (sekilo)

Nak order camne?
SMS / Whatsapp / Telegram ke 0132650441

Apa Kata Anda

Wednesday, March 2, 2016

Ikan Bilis Mata Biru
Suzie AhmadWednesday, March 02, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

lama sangat tak bersiaran di blog ni...

ni PC dah ok, insyaAllah bole la update selalu...

ok dimulakan dengan Ikan Bilis Mata Biru...

ini antara ikan bilis yang sangat berkualiti.. kenapa mata biru? entah la, may be semasa hidup ikan bilis ni mata dia biru.. hihi....


RM25 - 500gram
RM45 - 1 kilo

aku akan buat pengeposan seminggu sekali, most probably setiap isnin..
1st batch akan di pos pada hari isnin minggu depan (7/3/2016) via pos laju

korang berminat? boleh SMS / Whatsapp aku 0132650441

ok see uols on next story...
banyak sangat dah story aku pendam ni hihi.....
Jangan lupa whatsapp tau untuk order.... 


Apa Kata Anda

Thursday, December 3, 2015

Pesta Air Langkawi 2015
Suzie AhmadThursday, December 03, 2015 0 comments

Assalamualaikum...

uishhh lama dah tak bersiaran.. last bulan 5 2015..

sejak laptop rosak.. PC rosak.. medium yang ada cuma phone sahaja.. tu pun dah retak retak sana sini.. 

sepanjang cuti sekolah ada di rumah mak, so boleh la update slow slow apa yang berlaku..

no worries.. masih lagi berbusiness shaklee & tudung sekolah... 


ok nak cerita pasal Pesta Air Langkawi 2015 di Tanjung Rhu baru ni.. 20/11/2015 - 21/11/2015.

Dua hari berkampung di Tanjung Rhu.. (tak de la sampai tido sana.. tapi 2 hari tu kami di situ)

macam2 aktiviti yang ada..

Apa2 jom layan gambar dulu...










aku ni mewakili team mukim Bohor.. yg laki aku lak wakil mukim padang matsirat & navy.. dia belasah je mana2.. haram tak menang pun hahah...

tapi ada la jugak bawak balik hadiah.. tak de la bawak balik penat saja...


yeay... ini lah hadiahnye... menang tarik upih berpasangan..
tak la sia sia ku paksa laki aku tarik aku.. nasib tarik aku.. kot aku tarik laki aku??
confirm tak berjalan hahahaha

ok tu je skit skit... nanti update lagi... hihi

Suzie | Shaklee Independent Distributor | 0132650441


Apa Kata Anda