Big Pay Scammer
Assalamualaikum..
wehhh nak cerita ngan korang ni.. Aku akhirnya terkena dengan scammer..
Sebelum ni pernah gak ada je scammer yang call, tapi aku berjaya patahkan modus operandi dorang ni, cuma kali ni aku tak tau la, camne boleh terkena.
Nasib baik hasil kerugian tu cuma RM60.00 je. Bukan RM600.00 kalau ratus tu mau menangis tak berlagu sepertimana aku kena rompak masa kat Alor Setar dulu ni.
Ok cerita dia macam ni...
Aku baru jer lepas mandi & bersiap dalam kul 7.34 malam macam tu. Tengah tunggu rider tapawfood hantar makan. Aku nak buka phone la nak track rider dah kat mana. Sekali masuk whatsapp call. Aku laju jer la angkat sebab ingatkan rider tu. Kot la tak jumpa rumah.
Dia kata dia call dari bigpay, since aku banyak guna bigpay dia buat offer la nak upgrade kad aku dari biru ke merah. merah ni kad platinum la. Aku memang byk guna debit kad bigpay. Tapi amount biasa tak banyak. Sikit2 je. Yang mahal pun guna bigpay booking flight ticket je la. sebab dengan Air Asia kalau booking pakai bigpay, processing fee yang RM12 tu tak de.. jadi FOC.
Entah camne aku percaya je, sebab info yang dia tanya aku tu semua betul. Macam, no kad bigpay aku termasuk no yg kat belakang kad, no ic aku, alamat rumah, nama penuh. Betul la semua. Rupanya masa tu dia dah berjaya hack akaun bigpay aku, aku jer tak perasan lagi.
Lepas tu dia kata dia akan block kad biru aku since nak tukar ke kad merah kan. Dia minta OTP yang send ke phone aku. Ok kat sini mistake aku dah buat. Aku pegi reveal OTP aku tu kat dia!
OTP ni macam TAC number la yang bila ko ada buat transaction bank akan minta TAC no kan. Kalau bigpay dorang panggil OTP.
Lepas aku bagi OTP number aku dapat sms, since aku tengah on call dengan dia tak la aku baca sms tu.
Masa ni baru aku sedar. Kenapa bigpay call aku pakai whasapp call? Lepas tu bila aku tanya ada few soalan dia macam ada la gagap2 sikit. Pastu dia macam pas baton kat orang lain, which aku perasan suara bertukar. Lepas tu ada suara budak2 kat belakang. Aku terfikir sejak bila customer service bigpay ni boleh work from home??
Lepas tu dia ada tanya aku
"selalu guna maybank2u kan?"
"Ada kad bank sekarang?"
Eh aku siap dah pegang kad bank tu..
Dia kata since aku setuju nak tukar kad, dorang bagi point percuma la kat aku which boleh convert ke dalam RM. Amount dia dalam 500 lebih la nak masuk akaun bank aku. So dia mintak kat aku no kad. 4 nombor yang terakhir.
Time ni aku rasa baru aku cerdik skit. Aku tak direct bagi. Aku minta dia just transfer point tu dalam new kad bigpay aku. Dia insist nk nombor kad bank aku. Aku kata aku tak nak. Aku nak benda tu ada dalam bigpay aku je or boleh email je details.
Dia bagi link kat aku uolssssss..... Aku cakap aku tak de masa nak buat sekarang. Email aku je. Dia paksa gak aku buat sekarang. Tak ambik masa yang lama 1 minit je. Aku cakap aku takkan bagi kat sapa2 bank details aku dan aku tak de masa nak buat aku ada kerja lain.
Ehhh tak putus asa gitu je uols.... Dia suruh jugak2 aku isi details dekat link nak bagi aku big point dalam ringgit malaysia.
Sementara tengah sesi pujuk rayu tu, sempat la aku try buka apps bigpay aku.. Nahhh tak boleh masuk. Lepas tu aku skodeng sms yang masuk tadi, rupanya request tukar number phone kat kad bigpay aku. cilakak!!
aku terus bertegas. ok saya tak ada masa sekarang. Aku terus letak phone and aku terus call customer service bigpay.
Masa call ni la dapat tau duit aku dalam tu dah kena sebat semuanya & aku immediately block kad tu and nanti bigpay akan hantar new kad untuk aku.
Dalam kad tu tak la banya sangat, memang tingga untuk insurans aku deduct je macam biasa setiap bulan esok atau lusa.
Dah tak memasal aku esok nak kena gi report polis..
Tu lah tak de rezeki, kena keluar modal pulak bayar insurans double bulan ni..
Marah kat diri sendiri pun ada. Dalam pada berhati hati tu pun terkena jugak..
Scammer tu call pakai no ni 017-6838738 and no phone yg dia tukar kat bigpay tu adalah no ni 15039678085. Aku tak tau la ni nombor ape.
Email aku siap dapat recover passcode. Aku rasa ada cubaan nak login semula akaun bigpay ni tapi since aku dah block, so dia minta passcode untuk recover. Memang tak dapek la.. sebab kad tu pun aku dah block.
Ok korang sila berhati hati ye..
Walaupun jumlah yang hilang tu tak banyak, tapi now aku tau apa rasanya masa scammer bercakap dengan ko, memang ko takkan perasan apa. blank!
Jom la tidur korang, dah jadi macam ni aku nak makan pun tak lalu. so moh la kita tidur....
- END -
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete