Cerita Anniversary Kami yang ke 13
Assalamualaikum... Selamat malam..
Lama tak update, ada yang tunggu ke tu? hihi..
Dah 26hb dah arini kan... kalau sesiapa yang follow or friend dengan aku mesti tau apa jadi semalam. hahaha..
Dalam sejarah oii..
Jarang berlaku terutama pada perempuan. Aku tak kata tak berlaku, tapi jarang berlaku ye..
Semalam cukup 13 tahun wedding anniversary kami..
kalau dicampur tolak bahagi tambah bagai, 19 tahun jugak lah kami dah kenal.
Kenal dia since 2001. 2007 baru kawin. Lama? Lama la sebab aku ada target dalam hidup aku. Masa tu lah.. Tapi target aku tak menjadi bila _________________________
Ok aku tak mau ingat sejarah. Biarlah, dah jadi sejarah. Ni nak cerita sejarah lain ni.... So focus topik ni ye hahaha...
Ok, kenapa aku kata dalam sejarah?
Sebab aku lupa semalam hari apa! kau hado?
Sebenarnya aku bukanlah totally lupa. aku ingat je 2-3 hari sebelum kejadian. aku dah terfikir2 dah apa nak aku surprisekan incik laki based on kemampuan aku pada masa ni.
Tapi disebabkan ke'bizi'an dengan kerja hakiki + anak pulak kena jawab exam, masa untuk aku berfikir tu sangat terhad. Bayangkan la dah sebulan aku tak kerja halfday. hari2 balik sampai rumah biasa dah kul 7.30 malam. Kul 8.00 malam aku dah kena jaga periksa anak aku.
Habis jaga periksa ada la +- setangah or sejam untuk aku ulangkaji dengan anak aku utk subject esok nak periksa sebelum kami masing2 masuk tidur.
In between aku pernah la terfikir camne la agaknya kan org yg lupa tarikh2 penting. camne dorang blh tak ingat. camne boleh lupa. tarikh bersejarah kot.
Nahhhh Tuhan tunjukkan jalan untuk aku. haha... So aku mulakan pada malam 24hb tu ye...
Lepas anak aku jawab exam, kami makan.. agak lambat makan malam tu sebab aku la lambat sampai rumah, lambat solat maghrib. Selesai maghrib aku terus tunggu isya'. maka anak aku pun aku suh dia isya' dulu baru jawab exam.
Selesai jawab exam, makan bagai ada la dalam setengah jam nak ulangkaji. pastu lepak jap la tengok tv. Entah camne aku boleh terlelap. Terjaga tv dah bertutup, rumah pun dah gelap. aishh kuang asam tul anak aku dia tinggal aku depan tv tanpa kejut aku. Dengan rasa sebal, aku masuk ke bilik pasang kipas & sambung tidur. Lupa dah nak tunggu kul 12 malam macam selalu.
Selepas itu disini bermula segala kekalutan sampai aku lupa semua benda.
Jam berbunyi macam biasa pukul 5.50am. Si Net (kucing adam bela) datang cium2 aku macam selalu.
"ye net... kejap lagi boleh? nanti aku bangun ok"
Net pun macam faham je..
"Meow.... Meow...."
Aku pun macam faham pulak apa net cakap hahaha
"ye net... kejapppppp lagi, meh tido sini" sambil tepuk2 tilam mata masih pejam.
Net pun baring kat lengan aku, aku pun gosok2 la net dan aku hanyut "naik flight ke korea"
Sayup2 dengar bunyi jam, dalam mamai aku seakan nampak Net duduk atas phone aku, yela jam phone bunyi menyala lampu & phone aku pun senyap. Maka aku meneruskan perjalanan ke Korea.
Tiba tiba terjaga tengok hari dah siang. Dalam hati berkata...
"Terlepas dah Subuh, tak pe la arini hari sabtu"
Seraya nak lelap semula aku terkejut sendiri,
"Sabtu apa arini setannnnnnnnnnn!!"
Masa cakap ni aku tak tau lah marah diri sendiri ke tengah marah setan hahahah
Aku terus tengok phone, baru hari Rabu dan jam dah tunjuk pukul 7.46 am, tak jugak aku perasan tarikh aritu.
Aku bingkas bangun, ambik kain tuala sambil ke bilik air aku ketuk pintu bilik anak aku macam nak roboh!
"Adam Rayyan!! bangun, ibu tak sempat dah nak masak ni, bangun!!!! nak pegi beli nasi lemak lagi, ibu dah lambat ni!!!!"
Bersiap ala kadar, cari baju kerja & tudung yg tak payah gosok. Pergi kedai nasi lemak orang beratur pulak, bersabar aje lah hakakkkkkkk...
Anak aku yang sulung hantar video pun aku cuma mampu tinggalkan bluetick tanpa tengok apa tu.. Kesian anak ibu. Thank you darling Ainin Sofiya..
Lepas hantar anak aku balik, aku memecut nak masuk office. Sampai office ngam kul 9.00 am,
Bergegas pulak naik atas, sebab ade few things aku kena settle before 9.30 am & PO kena keluar before 10.00 am hari itu!
Di Opis memang kalut yakmat. makan pun sambil2 je. Phone office, handphone macam bersambung2 pulak bunyi bunyian tu. Baik phone ditempat aku or phone di tempat assistant aku. Maklum la hakak skrg kerja solo.. assistant orang pinjam.
Sampailah tiba2 naik nombor tak dikenali kat phone, tp since aku pun tgh engage aku biar nombor tu on hold. dah habis engage baru gaya2 nak call semula phone opis pulak, lepas phone opis, hp bunyi lagi, supplier call tengah enggage dgn supplier no tadi naik lagi, terpaksa biar on hold lagi.
Dah settle aku ingat nak call semula tiba2 phone assistant bunyi.. aku pick up line, rupanya FO call bagitau, ada orang nak jumpa kat bawah. URGENT!
aku macam... haaaaaa letihnya.... padahal jam baru pukul 12 tghari. aku pun ambik la 2-3 keping name card aku bawak turun sekali. Aku mati2 ingat supplier. Elok sampai bawah, adik delivery keluar disebalik tiang dengan belon & chocolate bouquet.
Laju aku tengok semula jam aku...
Maigad.... arini 25/11
Aku rasa macam nak pengsan kat situ jugak and that time baru aku realize aku lupa hari tu hari apa... yes Tuhan dah tunjuk...
Dan....... aku rasa bersalah giler sebab aku lupa... Memang la incik husband tak marah atau merajuk, tapi ntah... kesian.. dia ade effort untuk ingat, aku pun tau dia sibuk camne, aku ni pulak lost in the jungle terus... haha kalau dia pun lupa? Lagi harus dalam sejarah jugak... tak ada wishes, tak ada surprise nothing lah cerita dia...
Agaknya sebab itulah Tuhan pairkan dia dengan aku, ada hikmah... Haaaa geytohhhh (ayat bodek!)
13 tahun bukan sekejap. Banyak benda kami dah lalu. ups & down. ketawa, menangis.
sakit, cedera, semua dah lalu. Korang nampak sweetnya hari ini, tapi korang tak nampak pahitnya semalam.
Bagaimana aku pernah nekad naik pejabat agama, bagaimana aku nekad tengah2 malam berjalan kaki, bagaimana aku membawa hati ditengah malam tidur di r&r, entah... biarlah.. semua dah pun berlalu... sehingga aku serahkan segalanya kepada Allah yang satu...
"Jika perhubungan ini baik untuk aku, anak2 ku, keluarga ku & agamaku, Kau eratkanlah, Kau dekatkanlah tapi jika hubungan ini tidak bermanfaat untuk aku, anak2 ku, keluargaku, agamaku, Kau tunjukkanlah jalan Ya Allah"
Perlahan lahan aku menemui jalan ketenangan..
Aku serah semua untuk Allah aturkan.. kerana aku percaya setiap apa yang berlaku tidak terlepas satu pun dari pandangan Allah. Maka biarlah Allah sahaja menilai, siapa aku untuk menghukum...
InsyaAllah, semoga semua yang baik baik aja.
Semalam malam pertama hakak oiiii... hahaha tapi 13 tahun yang dulu... Selepas 13 tahun?
Dia disana Aku disini.. Jauh diseberang laut. Berbulan sudah tak jumpa.. tak pe small matter.. Nak tips untuk PJJ? Nanti hakak sembanglah dengan korang hokey...
Thank you dear husband... i'm speechless.... Happy 13th Anniversary to us.. Hopefully still counting...
- END -
Ada baki lagi dak coklat tu..ka sisa nya telah ke tmpt pelupusan 😝
ReplyDeletehaha... habis kat anak, maklum la ibu tengah diet cut sugar.. tabah je la tengok coklat tu huhu
ReplyDelete