Selamat Tinggal. Jodoh Kita Cuma 7 Tahun
Assalamualaikum...
Lama tunggu? Beria sangat aih.. macam la ada orang yang tunggu aku update. Update cerita pun setahun sekali payah. Apa yang busy sangat tu...?
Tajuk tak hagak... Tapi tu lah. 7 tahun je jodoh aku berkelana di Langkawi. Lama jugak tu. Kalau beranak dah masuk darjah 1 dah budak tu. Tapi nak buat macamana rezeki nak beranak di Pulau Mahsuri tu tak de. Ni dah masuk umur 40 tahun ni idak la aku mengidam nak tambah ahli keluarga. hahaha..
Ada yang bertanya kenapa? Resign ke? Tak sayang kerja? Dapat kerja baru ke? Kemana pulak tu?
3 tahun pertama aku kat Langkawi, aku tak kerja pun lepas retrench kat Sapura tu. Follow husband yang masa tu posting ke sana. 3 tahun yang kalau boleh aku tak nak ingat dan kalaulah aku boleh padam memori tu. Tapi nak buat macamana, itu yang dah tertulis. Aku kena terima.
Lepas tu tahun 2017 husband aku resign dari Navy & dia pilih untuk balik KL. Kebetulan masa tu aku dapat kerja kat Resorts World Langkawi. Selepas pertimbagan, maka kami decide untuk PJJ je. Lagipun sebelum2 ni bukan tak pernah PJJ kan. Aku pun tak la rasa nak kerja lama kat situ, plan aku dalam setahun dua je. Tapi dah ditentukan aku kerja kat situ selama 4 tahun.
To be honest, aku suka kerja aku tu. Aku dapat banyak ilmu yang aku tak dapat masa kerja dengan Sapura. Since industri perhotelan adalah baru untuk aku, tapi aku suka walaupun macam tak suka. Haha.. korang faham tak maksud aku tu?
Dia macam ni aku tak suka industri perhotelan, tapi kerja purchasing kat situ aku suka. ha faham dak? Aku suka kerja yang busy, aku suka ada deadline, dia macam push my adrenalin to the max! ha gitu. Biasa la kerja ngan company cina kan. Under Genting pulak tu. Dia punya SOP adoiii sakit otak tau.
Tapi aku enjoy la. At least experience yang aku dapat tu sangat mahal.
Aku decide untuk resign bukan decision sehari dua. Lama aku fikir. setahun gak sebelum aku betul2 nekad nak resign. Aku istikarah, aku doa, aku minta petunjuk. Husband aku pun tak putus asa memujuk, kawan2 yang nak aku balik duk KL sebab kesiankan anak2 & kesiankan aku jugak. Yela aku kat Langkawi tu memang aku berdua je dengan si Adam, Ainin sempat 4 tahun je duk kat sana lepas tu dia duduk dengan opah dia. Husband aku macam aku cakap tadi terumbang ambing kat KL. hahahah...
Aku kat Langkawi memang tak de sapa. Aku pernah je menangis dalam hujan sebab masa tu macam2 dugaan & aku tak ada sapa. Dengan cerita bra aku kena curi, handle basikal anak hilang padahal dalam kawasan berpagar tu, paip rumah bocor berkali kali, kena pindah rumah sebab tuan rumah KONON nak jual rumah tu, pindah dari navy base keluar duk Taman Cenderawasih, aku SORANG packing barang dari A-Z, pindah kali kedua pun aku SORANG packing barang dari A-Z, accident kat traffic light dengan polis, patah la kaki dia. Sapa suh langgar traffic light, dah terang2 bahagian aku hijau. Ingat kau polis kebal sangat? Dah la bawak motor tak de lesen, accident kena sondol dengan bas, masa ni dah la aku tengah busy dengan sijil halal hotel punya. Pastu kereta dah tak de, naik lah motor. Hujan panas, banjir aku redah. Kilat gedegung-gedegang aku redah, masa tu la terasa alim yakmat sebab naik motor berzikir dan berdoa supaya tak kena panah petir atau tergolek tengah jalan sebab jalan licin.. hahaha. Masuk opis dengan baju basah lencun itu biasa, masuk opis dengan selipar pun biasa (hujan kan..). Dengan motor tu jugak aku angkut 20kg ikan bilis untuk pos ke korang. Kesian Adam, dah hujung motor duduknya sambil pegang kotak2 ikan bilis nak pos. Aku pernah tidur kat stesen bas Kuala Perlis SORANG2 sebab bas tak sampai2 sangkut jem. Masa tu nak balik raya ke nak balik cuti bulan 12. Tak ingat dah. Tiket bas pukul 9.45mlm tapi bas sampai nak dekat pukul 3.00 pagi kau. Haa tak ke berkicap aku menunggu. Most of the time memang aku hadap aje sorang2. Tu tanda tak de laki pun aku hidup aje.. eh!! lahhh tiber!!! hahahahhaha
Pengalaman-pengalaman ni lah menjadikan aku seorang yang lebih tenang dan relax, menjadikan aku lebih matang. Bila ingat-ingat balik buat aku senyum sorang-sorang. Kadang terfikir macamana la aku boleh hadap semua tu. Entah. Jangan tanya. Penat? Memang penat. Tapi itu je option yang aku ada.. Hadap!
And finally, 1/11/2021 aku meletakkan notis berhenti 2 bulan. Bulan 12, umur aku genap 40 tahun, aku decide untuk start new chapter dalam hidup aku. Maka tahun 2022 aku tawakal & berserah kepada Allah untuk menentukan jalan seterusnya buat aku dan keluarga. Hari terkahir aku di RWL adalah pada 24/12/2021 dan selepas tu aku sambung dengan AL (annual leave) sehingga 30/12/2021 and date ni aku official release from RWL. Lepas tu 6 bulan aku tak boleh masuk RWL even as a payee guest. haha.. Memang SOP dia gitu...
7 tahun bukan masa yang singkat. Duk KL pun 3 tahun je uols... Duk Pahang 3 tahun, aku ni membesar kat Bangi, sekolah kat Bangi, kawin kat Bangi, beranak je lain2. Sorang kat Serdang, sorang lagi kat Ampang Haha.. Aku pulak lahir kat Selama Perak. Aku ni memang sejak kecik merantau je keje aku.. hahahaha.
Banyak kenangan aku simpan masa kat Langkawi. Berat nak tinggalkan Langkawi, tapi apa boleh buat, hidup ini bukan tentang aku sahaja, ada kehidupan lain yang memerlukan aku. Nanti ada kesempatan aku cerita. Simpan sini sebagai kenangan. Aku rasa banyak cerita pasal RWL je ni sebab, banyak masa aku habis kat RWL je..
Gila tak banyak cerita, nama je kerja 9.00am - 5.00pm. Aku pernah kerja straight sampai kul 1.00 pagi kot (tapi tak boleh lawan cerita kerja kat Sapura, aku penah kerja 22jam straight, 8.30pagi - 6.00pagi ye bukan 6.00 petang, memang rekod betul). Tu belum cerita aku MOD (Manager on Duty). Macam2 cerita. Tapi nasib aku baik sepanjang aku MOD tu tak jumpa la dengan guest yang buat perangai. Cuma kena usik skit je la dengan Guest yang tak nampak dimata kasar. Ha tu nanti la kita sembang lain.
Ok korang yang baca ni, doakanlah perjalanan aku seterusnya dipermudahkan Allah. Dah macam2 fasa aku lalui dan aku dah merasa dah perjalanan yg gelap bila aku diisytiharkan bankrupt tahun 2017. Semoga chapter baru ni membawa sinar cahaya dalam perjalanan hidup aku sementara nyawa masih ada.
Korang doakan ye...
- END -
Comments
Post a Comment