My 1st Dose Vaccination

Assalamualaikum...

Sihat ke semua? Harap sihat la ye. Kes Covid pun makin hari tak nampak pulak surutnya.

Macam kat Langkawi arini kes 167 kes, terbanyak la sejak kes pertama covid-19 dilaporkan. 

Langkawi ni kecik je. Macam yang aku pernah cakap la dengan kawan2 aku, Bukit Malut tu umpama bom jangka. Sama macam Selangor ngan KL. 1 kes dapat detect dia akan merebak dengan sangat cepat. Dan?? ye instinct aku tepat!


Aku bukan nak cerita bab covid ni sangat, korang pun mesti dah boring dengar cerita covid ni kan. Pandai2 la korang jaga diri tau. 

Kali ni nak cerita my 1st dose vaccination. Masa mula2 aritu aku memang ambik pendekatan tunggu dan lihat je bila tiba bab vaksin ni. Aku just kutip info je dulu pasal vaksin ni. Pro & Cons. Dalam pada masa yang sama ramai lah kawan2 dah ambik vaksin ni. Tapi aku masih tunggu dan lihat, sampailah pihak management hotel & HQ dah start kutip nama siapa yang dah siapa yang belum. Must 100% vaccinated. Ko rasa?


Dengan paksa rela aku register la jugak & nak kata rezeki tak lama lepas register dapat terus slot untuk vaksin. Dannnnnn aku adalah orang terakhir kat hotel tu yang dapat vaksin. hahaha tu pun kes paksa rela kooooo, kalau tak rasanya sampai sudah aku tak register. 



27 Julai 2021 - 1.00pm

Aku kena tahan kat sini korang tau. Sebab apa?

Sebab suhu tinggi melampau. Aku gerak dari opis pukul 12.05 tengahari ye. Nak menyampaikan ke LICC ni dekat sejam tau. Aku sampai sharp kul 1.00 pm, dengan panas teriknya, boleh tahan rentung gak la naik motor. Mau tak suhu aku 38.0. Menjerit scanner tu. Kena la tahan kat muka pintu ambik tempias aircond kononnya. Tempat macam gah LICC ni haram tak sejuk pun, berkicap gak aku kat dalam tu. 


ok sambung, kali kedua scan, 37.9 bingit pulak telinga aku dengar scanner tu menjerit. Aku cepuk sat lagi baru tau! Abang RELA tu cakap tunggu lagi 10 minit baru scan lain. Tenang2 dulu. Aku ni ada gaya muka menggelabah ke? Aku rasa abis tenang dah tu. Ceh!

Kali ke 3 scan baru la hijau. Tu pun ngam je 37.5. Hangat ceq oiii dah la aircond hangpa ni hidup segan mati tak mau. hahahaha.... 

Dalam masa 15 minit duk tunggu kat depan pintu tu pun macam2 perangai duk ada. Ada yang terjah saja dengan tak de MySejahteranya, register pun tak. Dia kata abang dia call suh datang arini. Abang dia kata datang je & pergi kat kaunter. Mana maunya. Ajaran mana la abang dia mengajor tu. Tapi abang RELA tu baik hati, minta ic & abang tu pergi ke kaunter dalam & mintak dorang kat dalam registerkan. Tapi bukan aritu la cucuknya, kena tunggu dorang call baru datang. 


Ada jugak yang buta peghot, date esok nya saja la cuba nasib datang aritu jgk nak vaksin. Abang RELA tu check kata date esok bukan arini, buat la muka kesian kawan tu katanya dah ambik cuti arini takkan esok nak ambik cuti lagi nak mai vaksin. Bak kata abang RELA tu "tak peraya nak tulun, sebab date appointment esok bukan arini. Maaf tak peraya"


Hangpa tau dak "tak peraya" tu apa?

haha kita belajar skit la bahasa utagha ni. TAK PERAYA tu lebih kurang "tak mampu" atau "tak boleh", makna kata abang tu tadi tak mampu la nak tolong adjust kawan ni tadi cucuk vaksin aritu sebab nama dia esok. 


Setiap orang yang datang tu dorang akan check pakai gelang pink ke putih ke, ala.. yang gelang kuarantin tu. Sebab ada jugak spesis manusia yang tahap kefahaman dia agak luar biasa sikit. Dah pakai gelang pun gedik2 mai nak vaksin. 


Macam2 perangai. Pening nak layan sorang sorang. Tabahlah frontliner kita ye.. InsyaAllah ada pahala terselit disitu. 


So far process semua tu cepat & smooth sangat. Gedebuk gedebak.......



Selesai sudah 1st dose. kena cucuk sharp at 1.38pm & kul 2.30pm aku dah sampai rumah dah. 

Apa rasa selepas selesai 1st dose?
So far ok. Tak de side effect apa sangat. Kat tempat cucuk pun tak la lenguh sangat. biasa je, sikit2 macam tu je. Lenguh lagi masa cucuk Typhoid hehehe.

Side effect? 
Tak de ape sangat. Lapar? Tak pun biasa je. Mengantuk? Pun tak jugak. Cuma malam tu tekak rasa kering sangat. 1 malam tu mampu abiskan 2 liter air. Pastu keje aku p toilet aje lah. 
Lepas 24 jam. So far so good. Plus aku ada ambik vitamin c pun ye jugak petang tu. Sebab tu la agaknya side effect tak ketara sangat. Setiap orang badan tak sama kan...  
So kita tengok nanti after 2nd dose camne pulak. 

Pastu ni kata nak kena ambik 3 dose pulak... 
Ermmm 3rd dose kena pikir dulu. Aku ada benda yang bermain difikiran ni, aku nak melepaskan 2nd dose je ni, kalau aku dah make solid decision nanti rasanya tak kot ambik 3rd dose. Tu nanti2 lah... 

Tough decision gak ni. 

Anyway, i'm SINOVAC CLAN. Korang?



Pesanan Penaja:
Untuk dapatkan pewarna rambut yang halal & shariah compliance GUMASH ada jawapannya.
Boleh whatsapp je aku 0132650441. No phone tak pernah tukar lagi since 2004. 


- END -

 


Comments

Popular posts from this blog

Big Pay Scammer

MSS? Apakah?

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.