Selamat Tinggal. Jodoh Kita Cuma 7 Tahun
Assalamualaikum... Lama tunggu? Beria sangat aih.. macam la ada orang yang tunggu aku update. Update cerita pun setahun sekali payah. Apa yang busy sangat tu...? Tajuk tak hagak... Tapi tu lah. 7 tahun je jodoh aku berkelana di Langkawi. Lama jugak tu. Kalau beranak dah masuk darjah 1 dah budak tu. Tapi nak buat macamana rezeki nak beranak di Pulau Mahsuri tu tak de. Ni dah masuk umur 40 tahun ni idak la aku mengidam nak tambah ahli keluarga. hahaha.. Ada yang bertanya kenapa? Resign ke? Tak sayang kerja? Dapat kerja baru ke? Kemana pulak tu? 3 tahun pertama aku kat Langkawi, aku tak kerja pun lepas retrench kat Sapura tu. Follow husband yang masa tu posting ke sana. 3 tahun yang kalau boleh aku tak nak ingat dan kalaulah aku boleh padam memori tu. Tapi nak buat macamana, itu yang dah tertulis. Aku kena terima. Lepas tu tahun 2017 husband aku resign dari Navy & dia pilih untuk balik KL. Kebetulan masa tu aku dapat kerja kat Resorts World Langkawi. Selepas pertimbag...