Apa Azam Tahun 2018?

Assalamualaikum.

Lama tak berupdate. Kalau google mesti dah tak jumpa dah blog aku ni.. haha.. 
Sejak dah kembali ke alam pekerjaan ni busy yang melampau. lagi tak sempat nak update apa. banyak update kat FB je. tu pun sambil sambil je. 

kalau dulu masa pegang title suri rumah ralit merepek macam-macam, dah kerja busy dengan kerja lah cerita nya. sebab aku handle bahagian tender. siapa buat tender mesti faham busy kerja macam mana. 

Ok, since aku ada konflik dalaman ni. tetiba datang azam nak hidupkan semula blog ni, sebab aku stress kerja dan aku nak menjadi suri rumah semula. tapi tu la keadaan kewangan yang menjadi kekusutan sekarang ni. husband aku dah tak ada kerja tetap, dah resign sebagai Navy. dia sekarang kerja sendiri sebagai kontraktor. kontraktor baru nak up kata budak budak sekarang. 

sekarang mostly perbelanjaan memang aku la yang cover sementara husband aku nak stabil. stress kerja aku bukan setakat stress dengan kerja yang berlambak lambak tapi stress dengan boss pun ye jugak. haha.. kena ugut dan maki tu dah biasa. ugut la pasal KPI la bonus la apa la. kena panggil monkey pun pernah jugak.. buat sementara layan.... sekarang ni sedang pertimbangkan untuk resign.. harap ada jalan dan dipermudahkan lah.. 

ok apa azam tahun baru korang?

aku tak pernah nak ada azam. aku cuma buat je. follow the flow.. tapi tahun 2018 ni tetiba lain macam sikit. azam nak berenti kerja tu makin tinggi dan azam untuk memulakan semula apa yang aku dah pernah buat dulu dan terkandas di tengah jalan membuak buak. sebab tu pada arini dengan jayanya aku update blog. harap istiqamah nak update blog. 

Let's start all over again.

Hai, Saya Noorsuziela, boleh panggil Suzie je. Nama di media sosial Suzie Ahmad. 
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Tiada kawasan COD hanya online semata mata. consultation pun via online sahaja. 
Saya juga ada menjual tudung sekolah.kualiti terbaik pada harga mampu milik. Juga dijalankan secara atas talian (online). 

Setakat ni hanya dua business ni yang menjadi keutamaan. yang lain lain kalau ada nampak dekat FB tu hanya kecil kecilan je, mencari duit dapur.. :-) 

macam mana nak contact? 
alah korang ni. dah lebih 10 tahun tau pakai nombor yang sama. phone je yang bertukar. 
masih lagi 0132650441

FB - Suzie Ahmad 

ok moga ketemu lagi di lain cerita. doakan aku ye korang.. :-) 

Comments

Popular posts from this blog

MSS? Apakah?

Big Pay Scammer

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.