Atasi masalah sinki tersumbat dalam masa 15 minit

Assalamualaikum...

sekarang taip kat blog ikut mood pulak ye.. huhu camne la nak dapat rating tinggi macam ni ye.. Bila la mood nak menulis macam dulu sampai.. Entah la ye..

Ok nak cerita ni pasal hal sinki tersumbat.. 

Last week 3 hari aku ada masalah dengan sinki tersumbat.. adoiii.. part ni aku memang menyampah sangat. Google macam2 cara nak kasi clear..

Ni budak berdua la ni, basuh pinggan lepas makan, sampah tak reti la nak masuk tong sampah. semua longgok dalam sinki, ha perangai ni sama la macam bapak nye..

macam lah nak buang sampah tu kena naik lif ke, turun tangga ke, gali lubang ke... tong sampah sebelah sinki je. SEBELAH! punnnnnn tak masuk jugak sampah ke situ.

Bila sinki tersumbat?? ye... aku la yang masalah, nak masak, basuh pinggan, eh macam2 la... 

Tanya la dalam group whatsapp... macam2 jugak cadangan dan petua... Tq friends... korang memang super best!

Akhirnya aku ke Hardware mencari jalan selesai... nak harap laki?? hahahahah..... eh perempuan kan boleh buat semua kerja. apa ada hal.... huhuhu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tada..... Ini lah bendanya... aku memang tak tahu wujudnya benda ni. 

Untuk mereka yang tak tau meh nak cerita. Korang pergi je kat kedai hardware.. ada jual ni.. Kat langkawi ada takkan la kat tanah besar tu tak de kan.......

Harga kat botol RM19.80, Tapi tokey kedai kata RM17.00 dah la... Alhamdulillah.. rezeki aku sebab kat kedai tu pun memang itu la stok last.. hihi....

Camne nak guna??

Sonang yo.....

Make sure sinki dah kering dari segala anasir... kalau masih ada air bertakung tak jadi der..... 

Sinki dah clear, tuang je ni kat lubang tu.... agak2 kronik sangat sinki korang tu, tuang la banyak.. agak2 under control 2-3 kali picit botol pun dah ok. Biar dulu dalam 15 minit.. atau  30 minit untuk sinki yang kronik sangat tersumbat tu. 

Sambil menunggu tu masak la air panas...

Dah panas air, masa pun dah 15 minit lebih kurang, tuangkan je air panastu dalam sinki..

Biarkan je air panas tu mengalir membawa segala kekotoran yang menghalang laluan air... biar kan je sampai dah kering sinki dari air panas tu...

ok siap!!!

Sinki dah selamat digunakan... 

Selamat mencuba. 
.
.
.
.
.
.
ooooo lupa pesanan penaja..

Untuk korang yang kulit super sensitif terutama kepada bahan cucian yang ada di pasaran tu, boleh dapatkan Hand Dish wash Jenama Shaklee dengan akhak suzie ye... so pasni tak yah dah basuh pinggan pakai glove... 

Jangan risau Shaklee ni Selamat, Semulajadi & Berkesan

Boleh mai PM ok 0132650441 --> jangan call! whatsapp sahaja... ok bye.. gud nite..

Assalamualaikum...... 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2