Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia Alor Setar

Assalamualaikum.. lama tak berupdate.

Malas pun ada sebenarnya. Tapi arini aku nak update sebab nak simpan sebagai "kenangan".

Dah selamat dah adik ipar aku bergelar suami pada 29/10/2016. Aku punya plan nak keluar pulau sehari awal.

Tapi plan husband aku lain pulak, keluar awal pagi sabtu 29hb tu. Maka kami anak beranak bangun ngam pukul 5 pagi. anak2 pun kena la mandi sejuk2 kul 5 tu.. bersiaplah kami. Tapi malam tu husband tak balik, entah mana dia pegi. Malas nak tanya.

Dah siap tunggu punya tunggu punya tunggu jam dah 6:30 pagi. kalau naik feri kul 7:00 mana nak sempat dah ni.. call la dia... rupanya feri kul 8:30pagi!! cisss punya la subuh2 adam kami bangun bersiap.. ha tu la dia tak mau kabo. 

Feri gerak 8:45pagi. sampai kat Kuala Perlis dalam pukul 9:50 macam tu. Nikahnya pukul 10:00 tapi bila call adik ipar aku yang lagi sorang tu bgtau, pukul 10:00 pun tak keluar lagi dari homestay, so kami bajet sempat la sampai masjid. Kuala Perlis - Jitra dekat je..

Macam2 hal, kul 10:30pagi baru dapat kereta.. teruslah kami shoot ke jitra...
Alih2 sampai masjid tu ngam2 adik ipar aku sah menjadi suami.. huhu, tak pe tak sempat tengok.. janji kami sampai sebelum bersanding..

dipendekkan cerita... lepas selesai sanding semua, kami balik homestay tempat parents in law aku stay malam tadi, rehat2 lepas isya' kami gerak ke Alor Setar. Dorang nak jalan2 Alor Setar sebelum gerak balik Johor, kebetulan malam tu last event Media Prima kat Stadium Darul Aman tu.. meronda la kami dalam tu... Elok kami habis meronda, hujan lebat turun. kesian kat budak2 kami pun cepat2 keluar dari perkarangan stadium tu & lepak kat depan pintu masuk Hotel Seri Malaysia.

Husband aku & 3 orang kawan dia masih lagi meronda kat dalam, tak tau la apa lagi yang nak di cari.. 

Bilik kat Seri Malaysia tu memang awal dah book tinggal ambil kunci je. Husband suh ambik kunci & bawak family dia lepak bilik. tapi dorang tak nak nak lepak je depan hotel tu. tak pe la aku pun tak la ambik kunci. lepak la sekali ngan dorang ni sembang2 depan hotel. setengah jam jugak la duk depan tu... 

Lepas tu parents in law pun nak gerak la balik, dah salam2 bagai babai2 segala, husband ambik kunci bilik, & beg dalam kereta utk aku bawak masuk bilik. 
Dia tak ikut masuk bilik, hantar sampai lobi je, dia nak keluar mengeteh jap ngan kawan dia. Aku pun terkedek2 la ngan anak2 nak p masuk bilik...nasib bilik bawah je. kot atas letih gak nak mengangkat beg yg berat tu. Memang tak plan pun nak masuk pulau ari yang sama.. tau memang tak sempat. so stay la 1 malam kat alor setar, esoknya la cadang nak pusing2 alor setar jap pastu baru nak masuk pulau.

Masa otw nak ke bilik tu macam2 la drama nya.. budak dua orang ni duk bawak belon dapat kat stadium tadi, belon masuk longkang la, bertolak suh ambik, dah ambik bergaduh pulak, aku tolak kau kau tolak aku.. Bising la pulak kat depan bilik orang.. nak cepat bagi elak budak2 ni memekak kat depan pintu bilik orang.. 

ok dari sini drama bermula...

Dah jumpa bilik aku bukak kunci, bukak pintu aku selit kunci kat suis2 tu, macam biasa la kan kalau masuk hotel. bila dah pastikan bilik ok lampu terbukak semua, baru la suh budak2 masuk... bila dah masuk bising la budak 2 orang ni melompat.. 

aku la yang terkedek tolak beg & biarkan pintu bilik tertutup sendiri tanpa aku tengok pintu rapat ke tak & tanpa aku tolak pun pintu tu. ok this is my careless... 

Letak beg kat tempat dia, aku letak handbag kat meja (dekat tv), aku bukak beg konon nak cari baju tido budak2 ni, sebab dah basah skit tadi kena hujan, cari2 macam tak jumpa pulak.. terasa macam nak kencing..

Aku keluarkan semua apa yang ada dalam poket seluar letak kat handbag aku masuk toilet. baru je dalam toilet aku dengar bunyi pintu yang kuat. terdetik dalam hati. "kuatnya pintu bilik sebelah ni dengar sampai sini"

Elok aku keluar toilet anak2 aku bagitau

"tadi ada orang masuk bilik ambik beg ibu"

aku pun "Haaaaa??? sapa???"

anak aku jawab "Orang tu bukan ayah!"

aku marah anak aku "kenapa korang tak jerit???"

si Ainin jawab "Orang tu suruh diam."

Aku : " Apesal hangpa cerdik sangat?!!!!"

Berlari aku keluar dari bilik cuba cari jejak si pencuri, berlari aku ke lobby tanpa tudung & tinggal anak kat bilik - ok yang ni pun aku careless jugak ni

Aku call husband guna phone reception. Nasib time tu aku ingat no phone husband. selalunya aku payah nak ingat.. lepas inform husband, baru aku teringat anak2 aku yang aku tinggal kat bilik. Berlari aku semula kat bilik. Masuk2 anak2 aku tengah nangis. Aku hangkut semua pergi ke lobby tunggu husband aku sampai. 

Husband aku sampai ngan kawan2 dia.. dorang tak kemana pun masih ada area KFC depan hotel tu je.. Husband aku pun meronda keliling hotel, soal siasat receptionist tu & request nak tengok CCTV. OK this is the saddest part! CCTV hanya ada kat lobby & depan hotel sahaja! bahagian ruang legar nak ke bilik2 hotel, area situ tak ada CCTV wokeh!!! 

Paling best sekali CCTV tengah upgrade & CCTV tu hanya hiasan tapi tak berfungsi pun!!! perghhhhh menyirap!

Pastu hotel bawak kami ke balai untuk report. Saksi utama adalah anak aku berdua ni la. 

Dah selesai buat report balik ke bilik, tunggu pegawai penyiasat datang. Ok ini memang macam CIB** skit. Pegawai penyiasat yang ambik statement aku ni memang dari balai lagi muka nak kena hempuk, aku bagi statement mata dia kejap2 ke TV, pastu aku bg statement dia dengar tak dengar, bila nak taip dia tanya benda yang aku dah mention tadi. Aku mula nampak kecikkkkkkk besar kecikkkkkkk besar je mamat ni. 

Datang bilik ambik gambar snap snap snap, sembang2 ngan manager bertugas malam tu dah chow!
and i'm not expect more. Aku tau, dia balik buat report, sign sign masuk file & put aside kes aku. tutup file that's it!

Malam tu aku memang tak boleh lena & tak lalu nak makan pun. 

Pastu hotel kira nak salahkan aku. sebab katanya pintu tak ada kesan pecah, dia kata kecuaian aku.

perghhhh...... dah la security kau OUT! pastu kau nak kata salah aku??? pastu apa tindakan kau?? NOTHING! 
Nak kata bagi aku free stay untuk 1 malam??? pun tak! at least ada jugak tanda minta maaf.. ni tak kau minta maaf cuma kat mulut, bilik tetap aku kena bayar! 

Kejadian tu berlaku tak sampai 15 minit pun aku masuk bilik. Aku tak sempat duduk pun atas katil tu, bilik dah kena ceroboh. 

Dan hotel cuma kata kecuaian aku????? 

Ha tu la dia HOTEL SERI MALAYSIA ALOR SETAR

sekarang ni aku fobia betul tengok @ dengar nama HOTEL SERI MALAYSIA ni. Ralat, terkilan, sebal, eh macam2 la rasa...

apa yang hilang???
Semua! yang tinggal kat aku cuma beg baju je dia tak angkut. 

Alhamdulillah dia tak apa2 kan anak2 aku atau pun dia tak ambik anak2 aku.. dia cuma ambik handbag aku je which is semua ada dalam tu.. & dalam tangan aku tak tinggal seposen pun..... 

Kes ni masih dalam siasatan. Aku semakin hampir kepada si perompak ni. Boleh follow aku kat FB aku Suzie Ahmad 

Wahai customer... maaf aku masih tak dapat reply whtasapp korang.. apa2 boleh PM kat FB personal atau pun page, Tapi may b agak lambat skit aku reply.. harap sabar ye sementara aku ada phone lain..

Ok uols... nak masuk beradu.. dah 2 malam aku tak lena tido & tak lalu makan.. makin kurus kering lah aku macam ni... huhu.. Tq atas semua doa kalian, InsyaAllah semoga urusan aku dipermudahkan.... Aamiin.... 


Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2