Zalora: Koleksi JelitaSara

Assalamualaikum…

Ada yang rindu tak?
Busy sikit lately ni, macam2 hal..

Ok this time nak share skit pasal Zalora…
Ha… buntang mata? Nak puasa ni tak lama lagi raya.. ada tak yang dah mula riki riki baju raya tudung raya… ?

Pada yang dah mula riki riki baju raya tudung raya meh nak share ngan korang satu benda ni… Koleksi Tudung Jelitasara.. untuk feel yang lebih menarik tertarik & kebabom!




Sebelum tu nak share dulu pasal sejarah Jelitasara ni..

Ketika awal pembukaan Jelitasara, pasangan suami isteri, En. Wan Zaki dan Pn. Erven Sarasendy hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Bermula dengan penjualan secara online, jenama ini dirasmikan pada tahun 2009 dengan menawarkan pelbagai pilihan tudung dan shawl yang menarik untuk wanita Muslimah moden.

Beberapa tahun kemudian, pasangan suami isteri ini kemudiannya membuka butik pertama mereka dan sehingga hari ini, mereka sudah mempunyai beberapa butik di beberapa lokasi.
Sama seperti jenama-jenama tudung yang lain, Jelitasara amat mementingkan kualiti tudung yang dihasilkan serta sentiasa memastikan setiap koleksi yang dibawakan kepada pembeli memenuhi citarasa terkini. 
So kalau korang ingin tampil selesa dan bergaya pada Syawal yang bakal menjelang kelak, koleksi Tudung Jelitasara adalah pilihan yang terbaik.



Jelitasara ada 3 jenis koleksi,


WIDE SHAWL

Wide shawls sememangnya pilihan favourite ramai hijabista. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menggemari gaya lilitan kontemporari yang moden dan unik. Jelitasara menawarkan pelbagai koleksi wide shawls yang tersedia dalam pelbagai corak. Sangat sesuai jugak untuk ibu yang menyusu… senang la nak cover skit kan..
Lagipun kebanyakkan ibu menyusu akan memilih wide shawl pun… selain macam2 gaya boleh di gayakan, wide shawl juga sangat menepati citarasa muslimah di luar sana.



Cun?
Memang la cun… banyak lagi corak & warna dalam website Zalora.


EXPRESS HIJAB

Koleksi tudung Jelitasara yang kedua adalah tudung express hijab atau lebih dikenali sebagai tudung syria (tudung sarung) yang diperbuat daripada gabungan fabrik berkualiti.


Yang ni memang express sungguh, senang! Sarung je… ada macam2 warna lagi.. boleh padan kan dengan berbagai jenis baju atau jubah. Untuk ibu-ibu yang ada anak kecik, kadang nak lilit-lilit ni macam tak sempat-sempat, haaaa.. sarung je…. J



INSTANT SHAWL
koleksi tudung Jelitasara yang ketiga adalah instant shawl yang boleh korang jumpa dalam pelbagai pilihan warna menarik. Seperti yang korang tau, pemakaian instant shawl amat mudah dan tidak memerlukan sebarang brooch atau pin tudung.



Dah jadi trend sekarang ni orang suka pakai instant shawl.. senang sangat… sarung, lilit pastu kepit kan je..
Bukan ada warna pink je tau macam2 lagi color yg zalora koleksi Jelitasara tawarkan…




Dalam banyak-banyak tudung dalam Koleksi Jelitasara ada satu yang menarik perhatian… kena sangat dengan tema raya kami tahun ni…. Nak tau ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Tadaaaaaaaa……

Kena sangat dengan tema tahun ni Emerald Green…
Instant Shawl, untuk macam aku yg ada anak kecik.. (hahahha kecik la sangat kan…..) memang senang pakai instant shawl je..

Dah usha tengok?

Share la korang suka yang mana?
Harga pun ok sangat….

Nanti share ok…


Chow dulu…. J

Comments

Popular posts from this blog

MSS? Apakah?

Big Pay Scammer

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.