Baitul Barokah Wal Mahabbah

Assalamualaikum...

Dah seminggu arwah embah pegi... 
Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman... Amin...

lepas balik dari Sungai Besar, esoknya tu aku ada melawat ke rumah anak yatim kat sepang. 

Print screen ni yg dapat dari whatsapp group melorongkan hati kami husband & wife utk menyalurkan sumbangan orang kepada arwah untuk pertubuhan kebajikan ni...

Ada la jugak sikit2 sumbangan dari kawan2 yg berhajat nak bantu... 

Rumah anak yatim ni dah pun apply untuk peruntukan kepada JKM.. tapi biasalah, akan ambik masa sikit.. Rumah anak yatin ni dah 3 tahun di tubuhkan, sehingga pada tarikh aku datang tu (5 Nov 2014), dorang ada seramai 80 anak yatim & 20 orang tenaga pengajar yg mengajar secara sukarela... 
kat sini dorang ada sekolah agama sekali.. sekolah kebangsaan, dorang sekolah kat sekolah biasa yg berdekatan.



Alhamdulillah, ni antara yg aku boleh sumbangkan & juga kiriman kawan2 + derma2 yg orang bg utk arwah...

kalau korang berminat nak menyumbang, boleh jugak.. bukan setakat makanan je... barang2 lain macam sabun basuh, sabun mandi, sumbangan macam tilam ke amat amat di alu alukan... 
dari korang beria nak pegang anjing tu baiklah korang pegang anak yatim ni pahala oooo... budak2 kat sini pun baik2 belaka.. nampak je kitaorang sampai berebut nak salam ngan kami... 

Ni Ustaz Jaafar & abah aku.. apa ntah dorang sembang aku pun tak pasti.. Ustaz ni lah pejaga rumah anak yatim ni.. rumah2 kat sini dorang sewa.. monthly lebih kurang rm4000 jugak lah.. 
so kalau ada badan2 yg berminat nak buat amal jariah.. bayarkan sewa bulanan pun boleh..

kalau ada sumbangan boleh di salurkan melalui akaun Maybank
PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL BAROKAH WAL MAHABBAH
Akaun: 562834623800

Alamat: 979 Jalan Burhan, Kg Giching Hilir, Sepang 

Contact Person: 
1. Mustafa: 0183524739
2. Abd Razak: 0183872994
3. Pn Mutiah: 0183967652
4. Aidil: 0136397027
5. Norhaza: 01115484438
6. Naz: 0182478749

senang je nak cari tempat ni.. pakai waze search Jalan Burhan, Sepang. Waze akan bawak korang betul2 sampai depan pagar rumah.. signboard kat depan tu tulis sekolah agama.. jangan korang confuse macam aku gak... memang itu lah tempat dia... ade asrama & sekolah... 

ok? selamat beramal.....

Suzie | Shaklee Independent Distributor | 0132650441

Comments

  1. Terima kasih kpd semua warga perihatin terhadap apa yg Tuan/puan lakukan. Moga Allah swt shj yg layak membalasinya. Utk waktu dn ketika ini pihak BBWM masih menerima apa shj sumbangan dr orgramai dlm apa jua bentuk...sesungguhnya tangan yg diatas adalah lebih baik dn mulia dr tangan dibawah...wallahualam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MSS? Apakah?

Big Pay Scammer

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.