Rambut Gugur?

Assalamualaikum...

Apa citer?

nak citer pasal rambut gugur.. korang ada masalah rambut gugur tak?
aku ada masalah ni.. lately ni banyak pulak... walaupun dah potong pendek raya aritu.. (walaupun husband tak suka aku rambut pendek terpaksa layan.. Langkawi ni panas kot..)

memang la aku konsisten ESP tapi rambut gugur macam tak de kurang pun... macam tu jugak.. so aku google la.. jumpa artikel ni yg di petik dari blog: www.anakkuwiraku.com 

Tips atasi masalah rambut gugur:

Punca rambut gugur/ rosak.

Mengikut pembacaan dan pengalaman saya sendiri ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur atau rambut rosak. Antaranya ialah :

1. Stress atau tekanan.
Mereka yang kerja dan banyak berkaitan dengan mental akan mudah menyebabkan tekanan dan akhirnya golongan ini mengalami rambut gugur dan akhirnya botak.


2. Pemakanan.
Ramai hari ini sangat menggemari makanan segera diluar sana...makanan ini rata-rata mengandungi banyak msg serta pengawet makanan yang boleh menyebabkan masalah rambut gugur. Makanan mi segera sendiri tidak sepatutnya menjadi amalan jika hendak mendapatkan kesihatan yang baik.

3. Cara hidup.
Cara hidup yang sibuk memaksa ramai antara kita yang tidak punya masa untuk penjagaan diri yang sempurna ...aktiviti bersenam , riadah tidak lagi menjadi salah satu agenda dalam rutin harian. Even masa untuk pencipta juga dipendekkan demi mengejar masa duniawi.

4. Penjagaan tidak rapi
Ramai yang tidak prihatin dengan jenis syampu yang digunakan. Adakah syampu yang digunakan sesuai dengan jenis rambut tidak menjadi perhatian ramai orang. Penggunaan sikat juga perlu dititikberatkan. Sikat perlulah kerap dicuci kerana habuk yang terperangkap dicelah-celah sikat tidak merosakkan akar rambut dalam jangka panjang. Penggunaan minyak rambut sering tidak dipentingkan walhal rambut juga memerlukan pelembap agar rambut dan akarnya tidak mudah menjadi rapuh.


Apakah langkah untuk atasi masalah rambut dari semakin teruk?

1. Elakkan diri dari tekanan yang berterusan.
Banyakkan minum air kosong antara salah satu mengurangkan rasa tertekan dalam diri. Ini saya belajar dari salah seorang pakar perunding keluarga. Jika rasa marah, terlalu tertekan, pastikan bersedia dengan air kosong untuk diminum agar ianya tidak berlarutan.

2. Pemakanan
Adalah sangat bagus jika seseorang individu itu dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dengan pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang disarankan. Namun jika punya kekangan, pengambilan supplement dikatakan banyak membantu. Antara supplement yang perlu untuk kecantikan rambut ialah Protien, Multivitamin, B com , Vitamin C dan Zinc. Namun pengambilan supplement sangat disarankan dengan pengambilan air yang mencukupi demi memastikan penyerapan vitamin oleh badan dapat dilakukan dengan sangat baik untuk dapatkan kesan yang optimum.


3. Cara hidup yang sihat.
Cubalah amalkan setiap kali selepas bangun dari tidur, kita punya masa seketika untuk membina kekuatan dalaman. Biasanya ia bersumberkan masa kita dengan pencipta. Cuba amalkan selepas bangun dari tidur, kita sediakan ruang untuk mendekatkan diri dengan pencipta. ia membantu rohani kita kuat dalam mengawal sebarang tekanan dari persekitaran. Disamping itu sediakan masa 5 hingga 10 minit untuk membuat senaman ringan dan seterusnya meneruskan rutin harian seperti biasa. Sangat bagus juga sebelum tidur, kita membelai rambut kita dengan sikat dan perlahan-lahan ia akan tumbuh dengan subur sekali.

4. Penjagaan rambut yang rapi.
Jika anda bukan jenis yang berkemampuan untuk mendapatkan syampu yang mahal yang dikatakan sesuai dengan jenis rambut anda, saya sarankan anda amalkan penggunaan syampu yang 'mild' dan tidak terlalu kuat sehingga menjejaskan akar rambut. Biasanya selepas mencuci rambut dan keringkan sehingga kering, sapukan sedikit minyak rambut....saya dan keluarga lebih selesa menggunakan minyak bayi seperti Johnson and Johnson demi memastikan rambut tidak kering. Pastikan sikat rambut kerap dicuci demi memastikan habuk tidak terus terperangkap di celah-celah sikit. Sikat rambut juga disarankan untuk ditukar setiap 2 atau 3 bulan. Sekali sekala boleh cuba mencuci rambut dengan kuntuman bunga raya...kerana ia membantu sebagai SPA rambut.


Hakikatnya bukan hanya vitamin yang diperlukan untuk mendapatkan rambut yang sihat. Ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan apabila bercerita tentang rambut :)

ok tu tipsnye ye...

selain ESP korang boleh jugak cuba Zinc... 
ok pasni nak g bli zinc.. menyampah lak tengok umah sana sini penuh rambut... :-) 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Suzie|Shaklee Independent Distributor|0132650441

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2