Resepi Mealshake Ice Cream

Assalamualaikum.. 

Salam Jumaat semua.. Dah nak dekat puasa dah kan.. Alhamdulillah rezeki Sya'aban, bonus Shaklee masuk awal. So boleh la selesaikan apa yg patut & boleh menunaikan ibadah puasa dengan tenang. 

Alhamdulillah aku masih mengekalkan momentum 4 figure since Aug 2013. Sebab tu lah dengan rela hati boleh terima tawaran MSS dari company lama dulu.. Hihi.. Kalau tak menggelupur gak la kan.. Alhamdulillah.. Tq Allah.. Cantik perjalanan yg telah Engkau rancang untuk aku.. 

Ok balik citer asal.. Ha meh sini nak share resipi buat ice cream halal & berkhasiat lagi lazat untuk anak2. Resepi ni dapat kat fb tapi aku modified la sikit2 utk rasa yg lebih menawan. Ni update via phone je ni.. Laptop USB hub rosak so gambo2 tak leh nk transfer.. 

Bahan- Bahannya:





1. Susu Cair (Full Cream Milk) 1 1/2 cawan
2. Susu Pekat 1/2 cawan - depends kalau suka manis buh la banyak. kalau tak suka manis boleh kurangkan sukatan.
3. Ovalett 1 sudu
4. Esen Vanila 1 sudu kecil - tapi aku tak guna pun sebab Mealshake dah rasa vanila pun..
5. Meal Shake secukup rasa. (dalam resipi ni aku letak dalam 4 sudu jugak lah) 

Bahan-bahan ni korang blend kan sampai gebu. aku tak guna mixer pun, pakai blender biasa je. tapi make sure bersih lagi suci & murni lah kan.. kalau tak kan dapat la ice cream perisa bawang ke cili ke kan.. hihi...

ok Next!




Sambil2 blend tu mintak la tolong anak-anak hancur kan Oreo & Chipsmore tu.. ikut lah nak hancur betul or nak patah2 kan sikit jer.. 

lepas tu dah blend gebu dah hancur kan biskut boleh la letak dalam bekas & gaulkan.. Tabur lah Choc Cip ke ape ke kat ats tu kan...

Tadaaaaaa.... bekukan nanti esok boleh makan.. hihi.. (sebab masa buat ni dah malam maka aku cakaplah esok kan.. )

Sedap lagi berkhasiat. sesuai utk kids yg suke sangat ice cream, lagi2 tengah musim panas ni kan. confirm halal tak yah risau DNA sesat dalam ni... 

so apa lagi??

cuba jangan tak cuba... :-) 

 



Comments

  1. wahhh..idea kreatif ni...mesti cuba..hehe..lain dari yg lain..:) nice blog..salam singgah n salam perkenalan sis..:)

    http://isharulina2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. boleh try ni kak suzie, hehe..saya share ye resipi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Big Pay Scammer