Lose Weight pada bulan puasa

Assalamualaikum... 

Sejak dah duk Langkawi ni kan aku dah berjaya menaikkan berat badan aku..
haha tak tau nak menangis ke nak gumbira ke ape.. 

Last menimbang masa NC baru-baru ni... 54.8kg!!! 
kali terakhir aku dapat berat badan macam ni adalah masa mengandungkan Adam!! 
hambekkk dah macam orang mengandung dah aku sekarang ni la kan... 

sebelum beranak kan Adam last berat aku timbang masa tu 55kg je & lepas tu bersalin.. 

paling berat pun 57kg. itu pun last timbang sebelum beranakkan Ainin.. 

owhh tidak!!
maknanya kalau tak mengandung berat aku adalah bawah 50kg je hokeyyyyy... :-) 

Bulan Ramadhan pun dah hampir ni kan.. so ini adalah masa yg terbaik lah untuk menurunkan berat badan. tak banyak pun.. nak turun ke 50kg je.. hihi.. lagipun aku pernah je buat.. berat aku penah naik mencanakkkkkkk ke 55kg... 

intensive supplement lepas tu within 2 months aku lost 5kg!! & i get my 50kg yeowww!!
lepas tu mula la leka kan.. makan pun mula la suka suki mak pak aku kan.. 
lepas tu pindah Langkawi aktiviti outdoor adalah sangat2 kurang... panehhh kak senah oiii pulau kan. paham2 aje lah.. 

ok ni nak kongsikan dengan korang apa plan aku dalam nak turun kan berat. tak leh berat2 sangat nanti aku jadi pemalas.. hahaha...

tips ni aku dapat dari page KEMPEN KURUS SECARA BIJAK
ha pegi la usha page tu. macam2 tips Miss Sasu kasik tau...

secara normalnya puasa kita makan 4 kali iaitu

1- sahur
2- berbuka
3- makan malam
4- supper

dan kebiasannya 4 waktu makan ni kita menggunakan dalam 1000kcal.

CONTOH kalau BMR AMINAH ialah 1600kcal. so, setiap hari AMINAH buat DEFISIT KALORI sebanyak 600kcal. so, dalam 30hari, AMINAH berjaya kurangkan 3kg berat badan. tetapi INCI pasti akan kurang dalam 3-4inci !

dan kalau anda buat senaman , mungkin lagi banyak kg dapat diturunkan di bulan puasa.

Tips lain ialah :

~ Bersahur dengan minuman dan makanan yang mempunyai G.I yang rendah. akan beri anda rasa kenyang yang lama. (ha sahur & berbuka sah sah la dengan ESP & Cinch Shake.. apa lagi kan. dah terbukti mempunyai GI yg rendah, beri tenaga & rasa kenyang yg lama. opkos la puasa akan rasa lapar. kalau tak lapar tak feel la kan..)

~ sejurus selepas azan, makan kurma beberapa biji dan air kosong . atau teh hijau.

~ selepas solat magrib, boleh terus makan malam. had kan kepada 5 hidangan utama. iaitu nasi, lauk, sayur, buah dan air.

~ supper sebelum pukul 1030malam. dan supper hendaklah yang tidak mempunyai lemak yang tinggi. cukup sekadar susu rendah lemak atau roti gandum.

~ senaman ringkas 30minit sebelum berbuka.

~ solat terawikh (azam ni azam tahun ni buat 21 rakaat.. haha.. puiii, buat 8 rakaat pun kadang dah surrender, tabah lah wahai hati....)


Ceritanya kalau berpuasa bila berbuka tu sila control napsu utk makan. makan sekadar alas perut. Jangan nak melebihi, kalau tak tak de makna nye ko puasa ye dak?

ok sapa nak order ESP, PD, Cinch Shake & seangkatan dengannya boleh la hubungi diri ku ini.. Free consultation i kasik... 

pesanan khidmat masyarakat ni. tak yah la beli kat mana2 kedai yg dorang duk tayang2 kat shelf tu. bukan apa korang beli sekadar beli. pastu nanti terkontang kanting tak tau apa korang belasah je ikut suka.. 

pastu bila tak mendatangkan kesan korang blame product kata tak bagus. tak de ape bla bla bla bla..
sebenarnya cara korang makan tu yg tak kena. tak menepati & lagi 1 korang tak konsisten.. ni supplement ye.. akak2 adik2 abang2 kena faham. supplement memerlukan 90-120 hari untuk get used dengan sistem badan kita. setiap dari kita mempunyai badan yg sangat unik & setiap dari kita adalah tak sama badan nya... sila take note disitu ye.. 

SHAKLEE?
Sentiasa Selamat, Berkesan & Semulajadi.. 










 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2