KL ke Langkawi

Assalamualaikum,

dah berbulan cerita ni baru nak cerita.. 
agak berpancaroba jugak la perjalanan aku nak ke sini.. macam2 hal membuatkan perjalanan ke sini banyak kali di tangguhkan. kesian Ainin start sekolah pun jadi lambat. kira-kira lebih kurang sebulan jugaklah dia tak sekolah. rugi kan. yes sangat2 rugi!

nak salahkan laki aku.. erm susah nak cakap.. 
suppose 12/4/2014 barang dah angkat. tapi di sebabkan aku ade NDT masa tu seharian  terpaksa la postpone. actually boleh je nak angkat tak ade masalah besar mana pun. tapi ada orang mengada2 nak aku ade jugak masa angkat barang tu.. sapa nak buat air lah, nanti geng bakat sapa nak entertain lah.. benda remeh je.. dah nak angkat barg pindah nak berhidang air amenda lagi? dah letak dalam mana? pastu nanti nak angkut masuk kereta? ingat ape? kereta aku tu hilux??? 

benda tu pun tak leh nak buat fikir.. haha sori emosi pulak. pasal geng bakat. since 2010 aku duk kat umah tu tak pernah sekali pun aku join bakat.. sori... i bz keje ye.. hihi.. nak join geng2 macam tu, aktiviti tak mencabar minda betul, aktiviti masakkkk.... kraftangan.... ehhh memang tak in la ngan aku ni.. hihi... so ape hal pulak dorang nak datang. sebab orang lain pindah tak de ape pun.... 

bila dah postpone katanya postpone sampai habis Navy day.. ok fine.. navy day 27/4/2014. birthday adam pun sambut kat umah mak je.. buat lah makan2 sikit.. ok tu nanti citer lain.. banyak story kat FB, so add la aku kat FB ye.. Suzie Ahmad

dah habis navy day transport nak angkat barang tak ade... adoiii akan ada pada hujung bulan May!! apakah?
aku dah tak de hal dah tak ada hal dah kat KL, semua dah settle before navy day.. so takkan Ainin nak cuti sekolah sampai another a month? ni semua mengarut!

aku paling tak suka bila buat keje tak pasti macam ni. orang dah bertanya bila nak angkat barang bagai. stress mak jemah okkkk... :-) 

ok at last tarikhnya tiba jua....Suppose Transport sampai 4/5/2014

Tapi!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sehingga malam 4/5/2014 Transport yg di katakan tiba tak kunjung tiba, sebenarnya since tengahari dah Laki aku dah mencari di mana Transport itu berada.. (ha.. bahasa melayu baku koooo...), tapi malang tak dapat di kesan. dengan aku pun sama berasap. 

5/5/2014 -  akhirnya Transport dapat di kesan tapi driver hilang!! aiyooo kalau aku jumpa dia kat sini memang aku seligi mamat ni. kalau tak boleh cakap tak boleh jangan at the end of the day ko hilang!.. ha entry arini agak emosi ye.. maaf. bila ingat2 balik.. tak baik buat orang.. tau tak bumi ni bulat? 
bak kata pepatah jawa kan "whats goes around comes around" ha paham?
tak paham p carik kamus jawa baca!

Nasib la ada kawan2 yg sudi membantu. kalau tak naya kami ooo.. barang semua dah packing. tinggal angkut je. 
Akhirnya 6/5/2014 - pukul 1 pagi barang kami di angkat & kul 4 pagi Transport pun jalan. Dengan hanya kerahan 5 orang tenaga lelaki dewasa & seorang lelaki yg agak uzur (bapak mertua ku), dah macam lari malam. Terpaksa sebab Transport tu kena ada di Kuala Kedah paling lewat jam 10pagi utk masuk pulau. 

Kami 1 family gerak ke Kuala Perlis pada malam 6/5/2014. Menghabiskan masa yg tinggal ngan lepak ngan kawan2 suka & duka sekejap sebelum berangkat. kami sampai di Kuala Perlis kul 330 pagi.. melepaskan penat di T-Hotel sebelum masuk pulau esoknya. 

Esoknya kul 11 pagi dah hantar kereta ke jeti utk naik RORO.. ha nama feri yg bawak kenderaan masuk pulau tu nama dia RORO.. lepak jap makan bagai kul 1 tengahari RORO pun bergerak ke destinasi..

agk berat hati utk melangkah.. eceh macam jauh.. masih dalam Malaysia ape.. cuma laut je la pemisah.. 

Kami dah ready utk bergerakkkk... HELLOOOOOOO LANGKAWI............
Naik RORO ni ambik masa 4 jam jugaklah.. tak bosan pun sebab dorang pasang movie.. 

Menggediks kejap... masa ni baru je nak memulakan perjalanan.. duduk kat atas.. bawah tu kenderaan.. tak ramai mana pun.. sebab hari bekerja kot... 
charges nak bawak masuk kereta ke pulau?? kereta aku tu RM180 (kereta + Pemandu), kami 3 beranak total RM55,

kenderaan jenis lain aku tak pasti. kalut je laki aku tu tak sempat nak menyurvey, hihi.. 


ambik angin kat luar. seram gak la untuk aku yg gayat ni... angin pun kuat, so tak berani nak biar anak-anak aku jauh2 dari aku.. hehe macam aku pandai berenang pun.. puiii... :-p


tengok aku kepit anak-anak aku.. haha... ini bukan anak yg takut, mak yg terlebih penakut!


Dah sampai Langkawi... tengok banyak pulau2 kecik... 


Alhamdulillah selamat tiba pada 7/5/2014. ni permandangan dari parking area umah aku kat sini..
kat sini uniknya (kat Base sahaja) parking kena reverse. termasuk motor. so tak yah la nak jadi pemalas sgt dengan parking masuk kepala dulu ye.. parking kena masuk bontot dulu! so dari atas ke bawah seragam je cara parking... cantik & kemas..!


pemandangan dari master bedroom & ruang tamu.. cantik?
cantik alhamdulillah... Masya Allah.... 
tapi agak boring jugak la kat sini, sebab nak kuar mana2 pun jauh... minyak macam air... 
pada yg kata best kan aku dapat duk sini. mai la rasa camne duk sini.. 
setakat cuti seminggu jalan2 sini memang best, tapi utk bermastautin kat sini 5-6 tahun aku agak speechless... 
harap2 tak lama la aku kat sini, habis kuat pun biar lah 3 tahun je... huhu.. boleh sasau rasa duk sini.. hahhaha.... 



Rumah lama. Pangsapuri ATM dalam kenangan... (sori no tentera ngan no phone husband kena cover, dia kan tak suke glemer... puiiii)




 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2