MSS? Apakah?

Assalamualaikum..

ha hambik dekat sebulan tak berupdate.. cepat betul masa berlalu kan.. rasa baru macam seminggu tak update..
Diam tak diam dah masuk bulan ke 3 aku SAHM ke WAHM sama jer... dah buat fulltime Shaklee dari rumah eh ke dari mana-mana sahaja?  sama je.. COD area masih lagi kawasan Setiawangsa & Keramat AU. kawasan berhampiran akan dipertimbangkan... jarak lebih kurang 5-10km sahaja.. jauh2 terpaksa la charge transportation or pos je la ek... Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Ramai yg ingat aku dengan rela hati meninggalkan company lama aku tu.. tak sebenarnya..
aku adalah tergolong dalam insan-insan yg terpilih dalam program MSS. MSS? ape tu?
MSS - Mutual Seperation Scheme

tak paham? ala lebih kurang VSS.. ha yg ni confirm ramai tau kan? Lebih kurang tapi tak sama... 
VSS - korang volunteer diri sendiri untuk dapat pampasan dari company & leave the company.
MSS - Company choose & offer you some pampasan to leave the company. 
& i am the chosen one, without any strong reason why head of department choose me!
he explain GOD dah gerakkan hati dia to choose me.. bla bla bla bla... (wahhhh speaking London wokeh!)
tak ada ribut bagai... tak ke rasa macam sedang jatuh tersebam ke bumi???
tak pernah terlintas dalam fikiran bahawa aku akan terpilih.. 
after few days muhasabah diri, fikir punya fikir - kenapa fikir? sebab aku ada hak untuk menolak tawaran tu.. tapi akan ade implikasi lain yg akan merugikan aku. -
puas menangis di tikar sejadah.. akhirnya aku menerima tawaran tu, walau sakit hati (sakit hati dengan head of department aku ler sebab dia tak ada reason pilih aku ... WTH!!)

berita ni bulan AUG 2013 - tapi ntah apa masalah management hold kami sampai NOV 2013 ye... tak ke sengsara aku ni! perangai kena jaga la kan.. kang tak pasal pampasan tak dapat tendang aku sebab ada masalah disiplin.. keje? memang malas nak buat.. tak ada hati.. buat jugak mengenangkan aku masih dapat gaji.. karang tak berkat pulak gaji aku tu... bukan aku sorang jer tau.. ramai yg kena... level management pun ade dalam 11 orang kot.. level manager kebawah ni ade dalam 13 orang tak silap.. termasuklah salah seorangnya husband Ras Adiba.. hihi.. kenal tak? Ras Adiba yg dulu pengacara TV3... 

kenapa hold lama cerita ni? sebab ade agreement... tak leh nak cerita kat mana-mana.. sekarang dah dapat pun full pampasan & i'm officially not 'that' company staff anymore...
tinggallah kawan-kawan kat sana... 7 years with the company... dari aku anak dara pingitan, sampai la alam bertunang, sampai la aku kawin, sampai aku jadi mak dara & sekarang anak dua... banyak sangat kenangan aku simpan... di sana la aku ketawa, menangis, macam2... dari opis kat Seri Kembangan, pindah ke Wangsa Maju pulak.. new year orang cuti, aku kena kerja... kerja sampai tak tido pun pernah, balik kerja 6pagi masuk kerja 830 pagi pun pernah... very expensive experience.... 

time passed by... syahdu betul nak tinggal kan kawan2 kat sana... 
Last day kat sana.. tengok!!! merah mata ku... this is with BFF... tengah dalam pantang cik kak ni.. hihi... mula kenal dia sebab suka tgk gambar dia kat FB.. cantik.. walaupun tak kenal rapat aku add je dia kat FB. masa tu dept lain. tak pernah bertegur... bila dia join dept aku dia paling menyampah dengan aku sebab dia kata aku ni mulut bising.. suka memekak pastu agak puaka skit mulut aku hahaha... ha! kutuk aku lg.. tengok dah jadi BFF...hihi, aku tak ambik hati pun... 
aku enjoy kan aje moment last aku kat sana... 

sambutan raya terakhir aku dengan geng sana....




ha ni dia partner in crime aku kat opis.. haha.. bujang lagi mamat ni.. sesiapa anak dara yg berkenan dengan mamat ni boleh PM aku mintak no phone.. hihi.... kaya ooo motor besar ada, motor kecik ada, kereta pun ada, hahahh... (kena mintak upah marketing kalau gini.. bob aku dah promosikan ko beb.. haha )


banyak sangat gambar nak attach kat sini... gambar farewell bagai... 
tak larat nak attach.. 
sekarang katanya kat opis very senyap. dah macam duk kat library dah dorang kata...
yela aku je la yg suke memekak dulu..pastu ada orang tukang sambung... 
tak pe lah korang... dah tertulis rezeki aku setakat tu jer kat situ..
Alhamdulillah i have back up... susunan hidup aku yg di aturkan Allah sangat cantik.. walaupun aku masih dalam fasa struggle untuk hidup, alhamdulillah business Shaklee aku makin berkembang.. aku dah naik 1 rank dalam Shaklee & alhamdulillah 4 figure dalam tangan... 
mungkin ini lah sebabnya kenapa Allah gerakkan hati aku untuk join Shaklee as a back up.. masa mula join Shaklee aku cuma mahukan duit sampingan. tambahan kepada gaji aku. yela duduk KL everything is money!
so sekarang aku boleh focus my time 100% dengan Shaklee..
i enjoy my flexible time dalam bekerja.. 

so pengajarannya di sini. korang dah ade back up plan if anything happen yg tak terjangka dek akal?
yang tak bekerja & suami bagi duit tiap - tiap bulan korang dah bersedia ke if one day suami hilang upaya nak bagi duit tiap2 bulan? atau jodoh tak panjang? harap di jauhkan.. tapi korang dah bersedia? dah ada back up plan? esok-esok siapa tahu apa berlaku.

yang bekerja, dah ada back up plan ke kalau 1 hari nanti company korang tutup? atau downsize?

yang kerja gomen. tak teringin ke nak pencen muda? takkan umur dah 60 masih nak bangun pagi pagi mengadap jem, berkejar utk punch card?

adakah korang dah bersedia?
tepuk dahi tanya otak!
apa nak berlaku seminit dari sekarang pun kita tak tahu, inikan pulak esok, lusa, mgu depan, bulan depan, tahun depan.

aku dah ready tanpa sengaja dengan empayar AMAZING aku.. alhamdulillah semakin berkembang, semakin maju... In Shaa Allah doakan yg terbaik... 

dah jom tido... :-) 




 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2