Sakitnya "Simpul Mengkarung'

Assalam semua...

agak free sikit harini. dah hari hari terakhir kat company ni. banyak benda dah release & dah handover. boleh kata zero keje yg perlu di buat.

aku nak g mana? tak g mana pun.. ada jer.. focus on my business SHAKLEE & sedang berjinak - jinak dalam FB Ads training.. ha.. pasni jadi trainer untuk FB ads pulok.. hihi...
JV ngan Sifu Eiman. 

ok tu serba sikit la ape cerita aku kat sini. kenapa aku blah? 7 tahun kot kat sini. terpaksa pergi..tu je la jawapan aku boleh bagi.. 

ok tak mo sedih2... 2 days to go...!

sapa yg tengah pregnant? a.k.a mengandung? pernah kena SIMPUL MENGKARUNG?

apa kejadahnya tu ek? 
ianya adalah kekejangan otot, biasanya terjadi kat betis & ketika waktu tido.

Jom kita tengok apa kata pakar?
Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.
Tambah beliau, keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.
"Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan. Namun ia akan memberi kelegaan .
"Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.
"Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan,'' ujarnya.

Terang beliau lagi, keadaan itu sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat.



sumber

ha gitu.. sakit ooo kalau kena... masa aku pregnant Ainin & Adam dulu kena jugak la.. memang terganggu jugak la tido tu. macam2 petua la orang2 tua bagi try test bagai. tak menjadi.. 

sebelum tu tengok apa punca berlaku simpul mengkarung ni?
untuk orang mengandung biasa berlaku pada 2nd trimester. perut pun agak dah besar kan..
kaki pun penat nak tampung beban & berat yg makin hari bertambah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki.

so akak2 adik2 yg tengah preggy adalah sangat di nasihatkan untuk tidak berdiri/duduk/baring terlalu lama. 
sebelum tido renggang kan otot2 kaki... + minum air kena cukup.
 
boleh add juga supplement seperti:
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 
 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Big Pay Scammer