Ibu: Jaga emosi anda!

Assalam..

Awal pagi ni hujan.. best & syok sgt kalau dapat sambung tido.. hehe tapi tak boleh la gitu.. ikut hati mati.. perlu bagun menunaikan tanggungjawab sebagai muslim & juga sebagai ibu...

seawal 6 pagi dah bangun bersiap.. bersiap dalam erti kata all in 1, lepas solat subuh, kemas kan baju budak-budak.. gosok baju sekolah, settlekan barang nak bawak g opis bagai.. nasib la uniform hari isnin aku hantar ke dobi.. erkk maaf la ye, aku ni part gosok baju astaga..... memang malas! nasib la baju sekolah Ainin size S, kejap je gosoknyer.. hihi...

harini Adam pun bangun awal, pagi2 dah suh bukak TV nak tgk Upin Ipin.. aishh mana nak ade.. maka layan la oggy sementara ibu ngan kakak siap... nasib la arini tak buat perangai, 1 je perangai dia yg sampai arini tak blh blah, nak berdukung.. ye sebab tu la ibu tak gemuk2 k.. dukung anak boleh bakar kalori ye... & this is fact! ahhaha so sapa malas nak exercise tu mudah jer nak bakar kalori, dukung je anak korang tu.. hihi...

arini ade seorang sahabat kongsikan 1 link yg menarik aku rasa nak share ngan korang..
EMOSI SEORANG IBU. 
aku la tu kadang gagal control emosi,keje aku nk memekik macam tarzan jer kat anak-anak aku.. baru 2 orang tu, kalau 3? 4? pengsan!
dan sometimes mulut aku pun celupar.. yes aku memang cepat panas hati.. huhu..
lagi kalau dengan budak-budak, memang aku cepat berangin.. so artikel ni aku kongsikan untuk ingatan aku jugak sebenarnya.. sebagai ibu, jaga skit emosi tu bila berhadapan dengan karenah anak-anak. 
kesian kat anak-anak aku.. memang hari-hari ade jer benda yg aku nak tengking & jerit.. semua salah semua tak kena.. Allah... maafkan aku, maafkan ibu anak-anak... 
setiap hari aku cuba & terus mencuba untuk menjadi ibu yg baik.. (selalunya gagal, mesti terjerit jugak)... 

Mungkin tips yg aku ambil dari SINI dapat membantu aku & ibu di luar sana... 

Tips apabila tiba-tiba rasa marah samada marah kepada anak, suami, keluarga, atau sesiapa sahaja

1. Pertama, segera memohon perlindungan kepada Allah dari godaan setan, dengan membaca ta’awudz:
أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ
A-‘UDZU BILLAHI MINAS SYAITHANIR RAJIIM
Karena sumber marah adalah syaitan, sehingga godaannya bisa diredam dengan memohon perlindungan kepada Allah.

Dari sahabat Sulaiman bin Surd radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,
Suatu hari saya duduk bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ketika itu ada dua orang yang saling memaki. Salah satunya telah merah wajahnya dan urat lehernya memuncak. 

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِني لأعلمُ كَلِمَةً لَوْ قالَهَا لذهبَ عنهُ ما يجدُ، لَوْ قالَ: أعوذُ بالله مِنَ الشَّيْطانِ الرَّجيمِ، ذهب عَنْهُ ما يَجدُ


Sungguh saya mengetahui ada satu kalimat, jika dibaca oleh orang ini, marahnya akan hilang. Jika dia membaca ta’awudz: A’-uudzu billahi minas syaithanir rajiim, marahnya akan hilang. (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila seseorang marah, kemudian membaca: A-‘udzu billah (saya berlindung kepada Allah) maka marahnya akan reda.” (Hadis shahih – silsilah As-Shahihah, no. 1376)

2.  Kedua : Diam dan jaga lisan. Jangan bercakap walaupun bermacam perkara terlintas di fikiran, kerana sewaktu marah kita akan mengeluarkan perkara yang mungkin menyakitkan hati dan mengaibkan orang. Ini akan memburukkan lagi situasi.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, Jika kalian marah, diamlah. " HR Ahmad 
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

3. Tukar posisi kita. Jika dalam keadaan berdiri, kita ubah kepada duduk, atau berjalan duduk di tempat lain.

4. Jika terlalu marah, ingatlah hadis ini, Rasulullah saw bersabda " “Siapa yang berusaha menahan amarahnya, padahal dia mampu meluapkannya, maka dia akan Allah panggil di hadapan seluruh makhluk pada hari kiamat, sampai Allah menyuruhnya untuk memilih bidadari yang dia kehendaki"  (HR. Abu Daud, Turmudzi, dan dihasankan Al-Albani)

Semoga kita akan menjadi ibu yang penyabar dan pandai mengurus emosi. Kerana kesejahteraan sebuah keluarga itu sangat dipengaruhi oleh seorang ibu. Ibu yang ceria secara automatik akan membuat anak-anak dan ayah gembira. 
 
Amin.....

Comments

Popular posts from this blog

MSS? Apakah?

Big Pay Scammer

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.