Alfalfa bahaya di makan??

Assalam & selamat pagi...

Alhamdulillah masih di beri nafas untuk menikmati kurniaan Allah.. 

tengok tajuk?? ha.. kontroversi gile kan... ape hal ko jual Shaklee consume Shaklee tiba-tiba nak kata Alfalfa bahaya di makan.. 

sabar... jangan cepat menilai dengan hanya membaca tajuk... tapi baca isi baru tau... ha sapa yg baca tajuk lepas tu dah buat spekulasi nampak sangat korang ni suka bergosip kan.. udah-udah le kak jemah... bawak dosa je.. jom kita baca ape hal yg bahaya Alfalfa ni....

Alfalfa ni bahaya kepada pesakit SLE.. ha.. sapa ada SLE make sure korang tak makan Alfalfa ok...

Apa itu SLE?
Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri.  

Ciri-ciri penyakit SLE ini:
- Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
- Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
- Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
- Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
- Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
- Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
- Sawan, strok dan gangguan mental
- Risiko untuk mendapat darah beku
- Kerap keguguran bayi
- Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
- Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


SLE boleh menyerang mana-mana individu terutama wanita muda, tanpa menunjukkan tanda-tanda yang spesifik.


Kenapa tak boleh ambik alfalfa? 
Ini kerana Alfalfa boleh menyebabkan penyakit SLE tadi menjadi lebih serius... 

ha sebab tu pentingnya consultation sebelum mengambil ape-ape supplement... 

info lanjut click SINI 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 


Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2