20 Tips Kurus Mudah & Berkesan
Assalam..
haduii maaf la ye.. lately agak jarang berupdate..
banyak jer stori nak cerita.. tapi ada jer halangan...
tengok tajuk.. teruja tak? saja nak share ngan korang.. artikel ni terjumpa kat majalah RAPI , tahun bila tak pasti...
ada jugak buat suspen buat schedule post kat page aku.. page ape? ala... BUTIK KESIHATAN ONLINE
tapi tak habis pun sampai 20.. sampai 7 jer.. sebab lepas tu focus kat personal fb pulak... huhu... lost focus jadinya...
apa yg 20 tips tu?? jom baca ni...
haduii maaf la ye.. lately agak jarang berupdate..
banyak jer stori nak cerita.. tapi ada jer halangan...
tengok tajuk.. teruja tak? saja nak share ngan korang.. artikel ni terjumpa kat majalah RAPI , tahun bila tak pasti...
ada jugak buat suspen buat schedule post kat page aku.. page ape? ala... BUTIK KESIHATAN ONLINE
tapi tak habis pun sampai 20.. sampai 7 jer.. sebab lepas tu focus kat personal fb pulak... huhu... lost focus jadinya...
apa yg 20 tips tu?? jom baca ni...
1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi.
Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. ok part ni korang boleh try CINCH SHAKE SHAKLEE.
2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah buahan. YG INI KORANG BOLEH AMBIK LECITHIN LEPAS LUNCH. BANTU BAKAR LEMAK YG SEDIA ADA.
3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam.
Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut.
Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu. PART NI KORANG BOLEH AMBIK CINCH TEA. BOLEH CAMPUR MADU & LEMON. TERBAEKKK!
4. Tambahkan satu hidangan untuk buah buahan dan sayuran pada menu
anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini
sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.
5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang
besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan
malam
6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya
luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan,
pasti akan menjadi kebiasaan. MASA PERUT KOSONG KORANG BOLEH AMBIK ALFALFA. MEMBANTU MENYEIMBANGKAN GULA DALAM DARAH
9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan
perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin
tanpa anda sedari. LAPAR-LAPAR BOLEH JE BANCUH ESP. KENYANG......
10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk
berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah
jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. DARI KUNYAK MEREPEK-REPEK OR JUNK FOOD BAIK LA KUNYAH CHEWABLE VITA C..
11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil
hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada
makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi
kalori. CAMPURKAN ESP & CINCH... BURPPP KENYANG... ALHAMDULILLAH....
12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian
dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang
makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. AGAIN.. BANCUH ESP.. PASTU G TIDO... TAK YAH MAKAN.. SEBAB KENYANG...
13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu
‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan
memberikan nutrisi pada badan anda.
14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka
mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan
membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.
15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda
16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan
perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau
melayari internet.
20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.
SO camna? boleh ker??
perlu bantuan untuk slim??
Comments
Post a Comment