Friday, August 16, 2013

Ada apa dengan 10 Aug 2013?
Suzie AhmadFriday, August 16, 2013 0 comments

Assalam semua..!
Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Ada yang dah mula bekerja? aku masih lagi di kampung... ginilah kalau ikut cuti Husband.. memang lama.. nak nak lagi raya kampung dia kannnnn! hahahha
dah bosan tak tau nak kata... ye la makan tido makan tido.. ada yg kata syok.. ha... tak de mana syoknyer kak senah.... boring giler.. lagi2 terperap dalam umah... kalau kira pakai jari.. tak sampai sebelah tangan pun aku keluar... 

tu bukan kisah nak story... ni nak story pasal raya!!! hehehe....
Alhamdulillah.. hajat nak menyambut birthday Ainin yg ke 5 tercapai... buat open house + birthday celebration Ainin sekali... tak de la dapat hadiah ape pun sebab tukang menjemput orang datang tu tak kabo pun hari tu nak buat birthday Ainin.. berat benar mulut tu nak kabo buat birthday Ainin.. ntah hape hape... 

pada hari tu jugaklah aku adalah chef! hahaha ketua chef... masak nasi ayam jer pun.. hahaha... poyo!

dek kerana nak menyambut birthday Ainin aku tak tido 1 malam sebab nak siap kan cheese tart utk majlis tu.. tapi.................................... ada pulak kejadian!
doh pertama aku hangus! padan muka!
oven dah berdering dah! bole pandang je.. tak de la inisiatif aku nk g bukak oven tu.. padan muka bila nak keluarkan... hangus crust dia... waaaaaaa......... frust aku okeh! dah tak reti aku nak modified cmne.. buang!!! sebanyak 50 biji!!! sayang giler kan... nak wat camne.. bukan rezeki... tak pasal la aku nak uli doh lagi... aku start pun dah tengah malam.. nk uli nak sejukkan sekejap bagai2... memang tak la kan... tak pe la pengajaran... doh ke 2 nasib jadi... tapi masa picit cheese aku dah tersengguk-sengguk dah.. 
siap cheese tart subuh jap lepas tu lelap kan mata untuk 2 jam... then bermula lah kerja-kerja dapur memasak Nasi Ayam (ayam 30 ekor!!)
dah macam buat kenduri kawin anak jer.. nasib la umah mertua aku ni besar.. kalau umah sendiri confirm!! catering jer... hahahah.... 

berjubah aku ari tu... haha atas dasar faktor usia sekarang pakaian aku agak senonoh la skit... lagi2 bab tudung... memang sekarang carik tudung yg labuh sikit.. macam yg aku pakai tu... so tak de la menayang dada sangat kan... kalau yg jarang aku akan pakai inner neck kat dalam.. doa kan aku ye... supaya menjadi muslimah yg sebenarnya... Amin.... 
Dah besar anak dara ku ini.. dah 5 tahun..!
Nasib ejaan nama tu betul.. haha sebelum ni SOFIYA tu asyik la salah...

Jom sama-sama doakan Ainin Sofiya ye kawan-kawan....


"Ya Allah, panjangkanlah umur anak kami ini, terangilah hatinya, teguhkanlah imannya, bagusilah amal perbuatannya, lapangkan rezekinya, dekatkanlah menuju kebaikan, jauhkanlah dari keburukan.

Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar anak kami menjadi anak yang soleha, yang senantiasa taat kepadaMu dan berbakti kepada kedua orang tuanya”

Amin ya rabbal ‘Alamin

 

Apa Kata Anda

In Category :
About The Author Suzie Ahmad Langkawi, Kedah, Malaysia Full time Shaklee Independent Distributor dengan pendapatan 4 angka sebulan, Ibu kepada 2 cahaya mata. Nak tau cara menjana pendapatan 3-4-5 angka dengan Shaklee? SMS/Whatsapp: 0132650441. Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya.. :-). Facebook

0 comments

Post a Comment