Nota Cinta untuk Babysitter...

Assalam....
Hello fren... Happy Monday....
Aku tau ramai ibu2 baru & juga yg dah lama jadi ibu kat sini... sapa yg breastfeeding?? Angkat ketiak...!! hehehehe... ada masalah tak ngan babysitter? ha... kat sini aku nak share satu NOTA CINTA khas untuk baby sitter yg menguruskan EBM korang... korang boleh copy & print kasik kat baby sitter / nursery korang...

aku dulu alhamdulillah.. baby sitter Adam dah pernah uruskan EBM so tak de masalah sgt.. aku cuma cerita sikit2 yg mana2 dia lupa jer....

ok ni aku ambik dari SINI 


CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU.


1. AMBIL BOTOL MENGIKUT TURUTAN NOMBOR (1-6). GUNAKAN BOTOL YANG PALING AWAL TERLEBIH DAHULU. 

2. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DI DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI MENYATUKAN LEMAK-LEMAK YANG BEKU. 

3. MASUKKAN BOTOL SUSU KE DALAM WARMER YANG BERISI AIR. PASTIKAN SUHU ADALAH 40 DARJAH CELCIUS. JANGAN PANASKAN SUSU DENGAN SUHU YANG LEBIH PANAS KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DALAM SUSU IBU. 
*** JIKA BOTOL SUSU BARU DIKELUARKAN DARI PETI AIS, IANYA MENGAMBIL MASA 15 MINIT UNTUK SUAM DAN SESUAI DI MINUM (KERANA MASIH SEJUK DAN LAMBAT SUAM). 
*** UNTUK MEMUDAHKAN, KELUARKAN SEBOTOL SUSU YANG INGIN DIPANASKAN DAN ‘STANDBY’ DI LUAR PETI AIS (JANGAN LEBIH 4 JAM). APABILA BAYI INGIN MINUM, PANASKAN MENGGUNAKAN WARMER DAN MASA DIAMBIL LEBIH SINGKAT (5-7 MINIT). 
*** JANGAN BIARKAN SUSU DI DALAM WARMER MELEBIHI 1 JAM. 

4. TOLAK CAP PADA PENUTUP BOTOL DAN PASANGKAN PUTING. SUSU TELAH SEDIA DIMINUM OLEH BAYI. 

5. SUSU IBU HANYA TAHAN 1 JAM SAHAJA SELEPAS BAYI MINUM. SELEPAS 1 JAM, BAKI SUSU HARUSLAH DIBUANG

6. JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 4-6 BULAN.
 
Adakah ia membantu korang? harap2 ia membantu serba sedikit... 
kalau nak memudahkan baby sitter/nursery korang buat keje diaorang.. korang sukat siap2 berapa oz baby korang minum.. nanti baby sitter tinggal panaskan jer tukar puting & siap... 
Sharing is Caring....
 
Ada dengan masalah penyusuan? tidak cukup stok untuk baby? susu sikit? perlukan tips exclusive untuk banyakkan susu? 
 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2