Uniknya Susu Ibu

Assalam..
Short update nak share ngan korang semua mengenai susu ibu...

credit to Puteri 

milk is milk is milk? apparently not with breastmilk!

susu ibu ni custom made utk keperluan dan kesesuaian bayi. seperti susu mamalia- mamalia lain (jgn lupa pulok, ibu-ibu adalah kategori mamalia juga), kandungan nutrient asas dalam susu ibu ialah lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan minerals. apabila seorang ibu hamil, kol
ustrum akan terbentuk dan kemudian akan menjadi matang, sedia untuk diminum oleh bayi. kandungan susu ibu mamalia yang lain juga mengandungi asas nutrien yang sama. yang membezakan susu ibu (mamalia) dengan susu ibu mamalia yang lain adalah nisbah protein, lemak, karbo, vitamin dan minerals. contoh: mama singa laut menghasilkan susu yg tinggi lemak untuk baby singa laut kerana mereka tinggal di iklim sejuk yang memerlukan lebih lemak untuk memanaskan badan. mama adam menghasilkan lebih protein berbanding lemak (lebih tak bermaksud protein dalam susu ibu terlebih atau sangat banyak) dalam susu kerana adam adalah baby manusia, tak sama keperluan lemak dengan baby singa laut tadi.

susu ibu mengandungi protein berkualiti tinggi

walaupun susu ibu adalah rendah protein, ianya sangat berkualiti tinggi. ada sebab mengapa ianya rendah protein. contoh mudah, baby manusia membesar dengan perlahan berbanding baby lembu. lihat anak lembu, keluar je terus boleh berdiri (walaupun terkial- kial). tumbesaran baby manusia adalah secara lebih perlahan, dan bersama- sama dengan perkembangan akal fikiran. perkembangan fizikal baby manusia perlu selari dengan perkembangan otak bagi membolehkan bayi belajar kemahiran- kemahiran yang lain. bayi lembu perlu membesar lebih pantas kerana ia kena berjalan mencari makanan sendiri! bayi manusia mesti slow and steady ya.

walaupun kandungan protein dalam susu ibu adalah lebih rendah (berbanding susu lembu), ianya mengandungi asid amino. satu jenis asid amino yang terkandung dalam susu ibu ialah taurine. taurine penting dalam pertumbuhan otak dan mata. badan manusia tidak boleh menukar jenis asid amino yang lain kepada taurine, jadi kewujudan taurine dalam susu ibu adalah kandungan yang sangat penting. protein yang berkualiti tinggi dalam susu ibu juga memudahkan proses penghadaman bayi kerana protein dalam susu ibu tadi dihadam dengan efisien.

susu ibu mengandungi lemak (yang terhadam sendiri)

susu ibu mengandungi lemak yang ada enzim dipanggil lipase (bukan lipas yer ibu-ibu). enzim ini penting untuk memecahkan lemak kepada bahagian2 kecil yang kemudian dapat disalurkan dengan baik ke dalam salur darah badan bayi. lemak dalam susu ibu memastikan bayi mendapat tenaga secukupnya. sebab itu, susu ibu sangat penting diberikan kepada bayi pramatang; mereka perlu tenaga, tapi sistem penghadaman masih belum sempurna. beri susu ibu, bayi pramatang dapat tenaga, dan tidak susah untuk dihadam.

kandungan susu ibu berubah ikut keperluan

apabila bayi mula menyusu, kandungan awal susu (foremilk) adalah rendah lemak (bagi yang mengepam, mesti perasan, warna susu yang cair mula-mula pam tu kan). kandungan lemak yang rendah ini perlu bagi memastikan bayi dapat menghilangkan dahaga dengan segera. secara perlahan- lahan, kandungan lemak bertambah semakin lama bayi menyusu dan akhirnya sedawa kekenyangan. sebab itu lah penting jika kita dapat menyusukan bayi sehingga dia puas mendapat susu hindmilk (yang kemudian tu). lagi kerap kita menyusukan bayi, lagi banyak kalori diperolehi (oleh bayi, bukan ibu, jangan risau hehe) kerana lemak dalam susu ibu telah sedia ada. lemak dalam susu ibu juga kandungi linoleic & linolenic yang tinggi, iaitu asid lemak yang penting untuk perkembangan otak yang sihat.

fakta menarik tentang vitamin dalam susu ibu

mesti ibu- ibu dan bakal ibu tahu tentang kandungan vitamin yang lengkap dalam susu ibu kan? sebagai contoh vitamin C dalam susu ibu membolehkan zat besi diserap dengan baik ke dalam badan bayi melalui salur darah.secara ringkas, nutrient yang ada dalam susu ibu diserap ke dalam darah dan bukan menjadi ta*k! huhuhu!

hormon dan enzim dalam susu ibu pula, walaupun tidak menunjukkan kesan dengan cepat, ianya memberi faedah jangka panjang kepada perkembangan tumbersaran manusia daripada usia bayi hingga dewasa.

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2