Skip to main content

Kaedah Banyakkan Susu Ibu

Assalam....
Happy Wednesday....

Zaman aku menyusukan baby dah berlalu.. tp suka jer nak kongsikan ngan korang petua/kaedah nak banyakkan susu ibu... kalau ada yg nak tambah pun bole jugak komen kat bawah ni...

  • Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
  • Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
  • Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
  • Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
  • Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
  • Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
  • Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
  • Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Sumber: Majalah PAMA

Ada yg korang boleh telan tak? ke tak lalu nak telan? aku dulu demi anak aku telan ape saja asalkan anak aku dapat susu yg cukup dari aku... ye.. hati seorang ibu.. sanggup buat ape saja utk anak nyer....

Tapi..... akhirnya aku berjumpa dengan Shaklee... masa tu nak dekat bulan puasa... aku takut sgt supply susu tak mencukupi utk Adam... aku mencari alternatif lain selain cara tradisional tu... tp aku tetap maintain concept penyusuan DEMAND vs SUPPLY...

kepada ibu2 yg sedang mencari alternatif lain dalam memperbanyakkan susu mereka korang boleh cuba Shaklee... saya dah & hasilnya... sangat puas hati... penuh peti ais stok susu... sampai nak simpan ikan ke ayam ke tak de tempat.... bulan2 puasa sekali pam penuh botol susu... ramai jugak la yg tegur badan kecik jer tp susu melimpah2... Alhamdulillah rezeki Adam....

nak tahu aku makan ape? aku ambik SET B + ESP... aku ade jugak mengalami kemeruduman susu... then aku add on Ostematrix... ape ade dalam SET B?

SET B 
* Alfalfa 
* Vitalea
* Vitamin C
* B Complex 

ape fungsi vitamin2 ni dalam memperbanyakkan susu? PM jer aku.. bole citer macam2...
dannnnnn korang boleh dapat tips exclusive utk bayakkan susu ibu... PM atau email jer aku & nyatakan korang nak tips exclusive tu.... hanya terhad kepada pelanggan aku jer ye....................... :-) 

 

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan

Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2