Benarkah semakin ramai manusia yg dilanda tekanan jiwa?
Bila baca Harian Metro harini rasanya benar kenyataan di atas. nak tau kenapa? sila baca keratan akhbar yg aku copy & paste di bawah
Bayi koma dicampak bapa
MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang ‘naik angin’ kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.
Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.
Menurut sumber, bapa mangsa berusia awal 30-an itu bertindak kejam selepas tidak tahan mendengar tangisan anak tunggalnya menyebabkannya bengkak di kepala.
Katanya, selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit dan isterinya berusia awal 30-an panik lalu membawa anak mereka ke HM untuk pemeriksaan.
“Mangsa dirujuk ke HM pada hari sama dan selepas diperiksa doktor, bayi itu terpaksa menjalani imbasan CT Scan sebelum doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya memaklumkan bayi berkenaan masih kritikal.
Katanya, doktor mengesyaki mangsa didera berdasarkan kecederaannya lalu membuat laporan di pondok polis hospital kira-kira jam 1 pagi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan menyeluruh.
“Hasil siasatan, bayi berkenaan dipercayai didera dengan dibaling bapanya ke atas katil hingga cedera dan tidak sedarkan diri. Mangsa kini dirawat di ICU HKL selepas dirujuk doktor di HM,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan kerana kes masih dalam siasatan.
“Pada masa sama, ibu bapa mangsa masih menunggunya menjalani rawatan di HKL. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Hospital Melaka Dr Narimah Nor Yahaya ketika dihubungi mengesahkan bayi berkenaan kini dirujuk ke HKL selepas dimasukkan ke HM.
BABY MENANGIS THAT'S MEAN ADA YG TAK KENA LA.... CARI LA.. KEMBUNG PERUT KE SAKIT PERUT KE PAMPERS PENUH KE DIA BERAK KE.. KO CKP SURUH DIAM MN DIA FAHAM!! 9BULAN BAI BKN 9THN.. HANGIN AKU ORG2 MCM NIH.. NMPK SGT BAPAK BUDAK NI ADE TEKANAN JIWA. BUAT ANAK PANDAI, JG ANAK TAK RETI!
KAWAN2 FIKIR-FIKIRKAN LAH.....

Comments
Post a Comment