CULIK???
Dah lama gak bersawang blog aku ni.. been bz skit lately + limited access to the internet... cuba baca berita ni yg aku petik dari SINI KUANTAN - Siti Nur Fatihah Mahadi (gambar kecil), 15, yang sebelum ini didakwa menjadi mangsa culik sebelum ditemui semula di rumah keluarga kekasihnya di Pekan, Pahang memberitahu dia sengaja melarikan diri kerana tertekan dengan keluarga. Bagaimanapun, polis setakat ini belum mendapat maklumat lanjut mengenai bentuk tekanan yang dihadapi oleh gadis itu sehingga memaksa dia mengambil jalan singkat untuk lari dari rumahnya di Taman Tas di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T. Narenasagaran berkata, perkara tersebut diakui sendiri oleh Fatihah yang memberitahu dia tidak diculik sebaliknya sengaja lari untuk tinggal di rumah kekasihnya yang berusia 26 tahun. "Laporan yang dibuat kepada polis mendakwa gadis tersebut telah diculik adalah tidak benar. Gadis itu sendiri mengaku dia tidak diculik tetapi kelu...