Apa dah jadi? Hotel Seri Malaysia - Part 2

Assalamualaikum...

Dah masuk part 2...huhu 

Alhamdulillah masih ada yang sayang.. Ramai yang bertanya khabar, tanya cerita.. camne berlaku.. macam2 la.. rezeki dalam pelbagai bentuk.. Subhanallah... 

Terima Kasih pada kawan2 yang ambil berat, tak lupa juga pada customer yang faham situasi.. Alhamdulillah dipertemukan dengan mereka yang baik2... kalah family sendiri, Family sendiri pun tak macam ni.. tu la Allah tarik rezeki kot sana, Tuhan bagi rezeki ikut sini..

Part 1 view reach 3000 view... panas betul ye tajuk ni.. biasa view ratus2 je.. hihi..
ok dah masuk part 2... kesudahan cerita part 1 aritu...




Alhamdulillah dah tertangkap pencuri tu. Dia di tangkap si satu rumah bujang. 

Syukur Ya Allah.. doa ku di dengar. Tahniah & Terima kasih team D7 Langkawi & Alor Setar yang cepat & pantas dalam membantu kami. 

Camne boleh tertangkap?

Ada cerita jugak.. kami tak duk diam pun lepas kejadian tu. 

1st - Trace last location phone. aku pakai iphone, nasib la apps find my iphone memang sentiasa on. untuk android aku tak pasti ada apps ke tak macam iphone. 
last seen location phone tu tak jauh sangat. 3.8km je dari hotel. somewhere area Kampung Alor Menong. Aku tak berani la nak pergi sendiri. so kami cuma salur info kat polis je. yang trace pun bukan aku. aku mintak tolong adik aku yang ada kat Bangi trace kan. 

2nd - aku memang saja tak block simkad untuk 1 hari. sebab aku nak ke celcom sendiri untuk block & trace last number dia call guna simkad aku. ye.. aku pakai bil. bil aku bulan2 pun rm50 je. kenapa aku boleh suspect dia akan guna phone aku utk call? sebab bila aku call phone tu ringing, cuma data aku je dia off. Dalam hati risau gak dia guna phone aku call merata jahanam gak aku nak bayar bil nanti. yes! celcom dengan murah hati bagi number tu kat aku & terus block simkad. ada 1 number yang dia call 4 kali pada 30/10/2016. dan nombor tu nombor phone jiran dia (entah ye entah tak, wallahualam)

Lain2 kad yang ada dalam tu tak sampai sejam kejadian semua aku block. 

Aku cuma rasa ralat dengan pihak hotel. kira senang cerita hotel memang lepas tangan habis lah. Ramai yang bagi pendapat saman je hotel sebab security yang out. Nak saman? cakap memang senang. yang nak hadap aku. Aku ni bukan sapa sapa. dorang tu sapa... pada mata kasar memang nampak dorang yang salah, cctv tak berfungsi, security guard pun macam tak wujud. 

Tapi kena ingat.. diaorang ni ada duit. aku bukan la dalam kategori senang. benda ni bila dah melibatkan duit, yang salah pun nampak betul. tak payah pegi jauh la... korang tengok PM sendiri dah la... elok2 aku hilang cuma dalam 1k-2k, turun naik mahkamah, aku pulak kena saman fitnah... biarlah hotel tu macam tu.. hotel pun banyak sekarang, namun kata nak jejak SERI MALAYSIA sorry memang tak dah la.. banyak lagi hotel yang lebih selesa & MURAH. keutamaan sekarang nak cari hotel benda pertama akan aku tanya CCTV ada? & kat mana?

pemerhatinya? anak-anak2 aku. dorang akan tengok cctv duk kat mana.. kalau yakin OK baru check in. Aku suggest sangat korang kalau ke Alor Setar pi duk kat T-Hotel kat kawasan perusahaan tandop dekat ngan Alor Setar Mall. Bilik best. cctv ada setiap sudut, receptionist baik & MURAH!
Masa nak g untuk buat pengecaman barang kes aku stay situ. 1 katil KING + 1 katil single = RM90. tak de breakfast. tapi dah duk situ tak payah risau pasal makan. banyak je kedai murah korang boleh pilih. 

Dengan tertangkapnya si pencuri maka hampir selesai lah kes aku. aku pun dah selamat buat pengecaman barang kes di IPD Alor Setar baru baru ni. 

Walaupun ada pihak yang merayu untuk aku tarik balik kes, pw phone, pm kat fb habis ngan husband aku pun dorang pw salah tetap salah. Bukan aku tak ada empati. Tapi ini sebagai 1 pengajaran untuk dia & juga orang lain. Setiap yang berlaku ada hikmah yang Allah nak beri. Berlapang dada (seperti mana aku berlapang dada barang semua kena curi sampai seposen pun tak ada dalam tangan), teruskan hidup yang Allah dah tulis untuk kita. 

Tak apa duit & barang kemas yang aku tak dapat balik tu, aku halal kan. mungkin dah rezeki dia & isteri & anak2 dia.. aku anggap saja sedekah (walaupun agak menyusahkan aku). Yang mana aku boleh dapat balik lepas selesai jatuh hukum, maknanya itu masih rezeki aku.

Semoga ini dapat membawa 1 hidayah & asbab untuk dia jadi lebih baik & petunjuk kepada aku 1 family walaupun aku trauma jugak 2-3 hari tak lalu makan, tak lena tido..

Dalam keadaan aku macam ni baru aku tahu siapa kawan sejati kawan susah senang... 
Siap buat derma kilat untuk aku 1 family.. SubhanaAllah... 
Aku sayang korang sangat2... You know who you are.... 
Yang tak putus2 tolong aku 1 family, yang bagi kata2 semangat, bertanya khabar.. 
customer2 yang sangat memahami situasi aku.... 

Phone masih lagi nombor yang sama.. Alhamdulillah, ada hamba Allah baik hati bagi pinjam phone dia yang masih elok tapi tak pakai. walaupun kerap hang , bertabah la cik suzie oiiii..... pelan pelan kayuh.....

eh cik ke?????

hahaha kak suzie pun boleh......


Alhamdulillah masih ada yang sayang....

So kita tunggu je la selesai pendakwaan apa keputusanya. :-) 

-END-

Comments

Popular posts from this blog

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

Jerawat belakang badan