Zalora: Koleksi JelitaSara
Assalamualaikum…
Ada yang rindu tak?
Busy sikit lately ni, macam2 hal..
Ok this time nak share skit pasal
Zalora…
Ha… buntang mata? Nak puasa ni tak
lama lagi raya.. ada tak yang dah mula riki riki baju raya tudung raya… ?
Pada yang dah mula riki riki baju raya
tudung raya meh nak share ngan korang satu benda ni… Koleksi Tudung Jelitasara.. untuk feel yang lebih menarik tertarik & kebabom!
Sebelum tu nak share dulu pasal
sejarah Jelitasara ni..
Ketika awal pembukaan Jelitasara, pasangan suami
isteri, En. Wan Zaki dan Pn. Erven Sarasendy hanya menjalankan perniagaan
secara kecil-kecilan. Bermula dengan penjualan secara online, jenama ini
dirasmikan pada tahun 2009 dengan menawarkan pelbagai pilihan tudung dan shawl
yang menarik untuk wanita Muslimah moden.
Beberapa tahun kemudian, pasangan
suami isteri ini kemudiannya membuka butik pertama mereka dan sehingga hari
ini, mereka sudah mempunyai beberapa butik di beberapa lokasi.
Sama seperti jenama-jenama tudung yang lain,
Jelitasara amat mementingkan kualiti tudung yang dihasilkan serta sentiasa
memastikan setiap koleksi yang dibawakan kepada pembeli memenuhi citarasa
terkini.
So kalau korang ingin tampil selesa dan bergaya pada Syawal yang bakal
menjelang kelak, koleksi Tudung Jelitasara adalah pilihan yang terbaik.
Jelitasara ada 3 jenis koleksi,
WIDE
SHAWL
Wide shawls sememangnya pilihan
favourite ramai hijabista. Lebih-lebih lagi buat mereka yang menggemari gaya
lilitan kontemporari yang moden dan unik. Jelitasara menawarkan pelbagai
koleksi wide shawls yang tersedia dalam pelbagai corak. Sangat sesuai jugak
untuk ibu yang menyusu… senang la nak cover skit kan..
Lagipun kebanyakkan ibu menyusu akan
memilih wide shawl pun… selain macam2 gaya boleh di gayakan, wide shawl juga
sangat menepati citarasa muslimah di luar sana.
Cun?
Memang la cun… banyak lagi corak & warna dalam website Zalora.
EXPRESS
HIJAB
Koleksi
tudung Jelitasara yang kedua adalah tudung express hijab atau lebih dikenali
sebagai tudung syria (tudung sarung) yang diperbuat daripada gabungan fabrik
berkualiti.
Yang
ni memang express sungguh, senang! Sarung je… ada macam2 warna lagi.. boleh
padan kan dengan berbagai jenis baju atau jubah. Untuk ibu-ibu yang ada anak
kecik, kadang nak lilit-lilit ni macam tak sempat-sempat, haaaa.. sarung je…. J
INSTANT SHAWL
koleksi
tudung Jelitasara yang ketiga adalah instant shawl yang boleh korang jumpa
dalam pelbagai pilihan warna menarik. Seperti yang korang tau, pemakaian
instant shawl amat mudah dan tidak memerlukan sebarang brooch atau pin tudung.
Dah jadi trend sekarang ni orang suka
pakai instant shawl.. senang sangat… sarung, lilit pastu kepit kan je..
Bukan ada warna pink je tau macam2
lagi color yg zalora koleksi Jelitasara tawarkan…
Dalam banyak-banyak tudung dalam
Koleksi Jelitasara ada satu yang menarik perhatian… kena sangat dengan tema
raya kami tahun ni…. Nak tau ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaaa……
Kena sangat dengan tema tahun ni
Emerald Green…
Instant Shawl, untuk macam aku yg ada
anak kecik.. (hahahha kecik la sangat kan…..)
memang senang pakai instant shawl je..
Dah usha tengok?
Share la korang suka yang mana?
Harga pun ok sangat….
Nanti share ok…
Chow dulu…. J
Comments
Post a Comment