Posts

Big Pay Scammer

Assalamualaikum..  wehhh nak cerita ngan korang ni.. Aku akhirnya terkena dengan scammer..  Sebelum ni pernah gak ada je scammer yang call, tapi aku berjaya patahkan modus operandi dorang ni, cuma kali ni aku tak tau la, camne boleh terkena.  Nasib baik hasil kerugian tu cuma RM60.00 je. Bukan RM600.00 kalau ratus tu mau menangis tak berlagu sepertimana aku kena rompak masa kat Alor Setar dulu ni.  Ok cerita dia macam ni...  Aku baru jer lepas mandi & bersiap dalam kul 7.34 malam macam tu. Tengah tunggu rider tapawfood hantar makan. Aku nak buka phone la nak track rider dah kat mana. Sekali masuk whatsapp call. Aku laju jer la angkat sebab ingatkan rider tu. Kot la tak jumpa rumah.  Dia kata dia call dari bigpay, since aku banyak guna bigpay dia buat offer la nak upgrade kad aku dari biru ke merah. merah ni kad platinum la. Aku memang byk guna debit kad bigpay. Tapi amount biasa tak banyak. Sikit2 je. Yang mahal pun guna bigpay booking flight ticket je ...

Cerita Anniversary Kami yang ke 13

Image
Assalamualaikum... Selamat malam.. Lama tak update, ada yang tunggu ke tu? hihi.. Dah 26hb dah arini kan... kalau sesiapa yang follow or friend dengan aku mesti tau apa jadi semalam. hahaha.. Dalam sejarah oii..  Jarang berlaku terutama pada perempuan. Aku tak kata tak berlaku, tapi jarang berlaku ye..  Semalam cukup 13 tahun wedding anniversary kami.. kalau dicampur tolak bahagi tambah bagai, 19 tahun jugak lah kami dah kenal. Kenal dia since 2001. 2007 baru kawin. Lama? Lama la sebab aku ada target dalam hidup aku. Masa tu lah.. Tapi target aku tak menjadi bila _________________________ Ok aku tak mau ingat sejarah. Biarlah, dah jadi sejarah. Ni nak cerita sejarah lain ni.... So focus topik ni ye hahaha...  Ok, kenapa aku kata dalam sejarah? Sebab aku lupa semalam hari apa! kau hado? Sebenarnya aku bukanlah totally lupa. aku ingat je 2-3 hari sebelum kejadian. aku dah terfikir2 dah apa nak aku surprisekan incik laki based on kemampuan aku pada masa ni. Tapi disebabkan k...

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

  Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa 14 hari? Actually, mula aku nekad untuk lost kilo ni bila penimbang dah nak cecah 59kg. Weh gile ahh.. tak pernah aku seberat ini. Paling berat aku pernah cecah 57kg je. Tu pun masa pregnantkan si Ainin. Pregnantkan si Adam pun berat aku 55kg je lepas tu dah beranak. hihihi... Aku perasan lama dah berat makin bertambah, cuma aku tak expect akan pergi jauh tu. Sekali timbang 58.5kg. Macam tak percaya... patutla bila berjalan peha berlaga, which sangat tak selesa, seluar jeans size 30 pun dah sendat giler dah masa tu, senak tau bila duduk.  Aku ada baca diet sugar, detox bagai. Tapi percubaan aku tak pernah berjaya. Baru start 2-3 hari, kantoi... Kantoi apa? Teh ais... hahaha aku paling tak leh kalau tengok Teh ais.. mudah tergoda.. Bila dah dtart payah nk stop. Dah macam addicted to Teh ais plak..  Perut dah start membuncit dan ...

Bila Masa Nak Tukar Bantal?

Image
  Assalamualaikum... Apa habaq?? ha gitu.. 6 tahun nak masuk 7 tahun dah duk kat Langkawi, takkan tak reti lagi cakap kedah? Bole la sikit2.. Tapi bunyi Key Yel tu tetap ada. hahaha.. Ok nak tanya korang ni, bila kali last korang tukar bantal tidur? ke korang lanyak sampai lunyai? aje giler lah.. hahaha Korang tau tak yang bantal kena tukar sekurang-kurangnya 2 tahun sekali? Walaupun korang tiap tiap minggu tukar sarung bantal tu tapi bantal tu boleh jadi tempat berjuta2 kuman buat sarang.  Kenapa? tak percaya? kalau korang sihat walafiat takpa, tapi untuk orang yang ada masalah dengan debu, hama masalah oiii... dah tu? camne ek? bajet bukan ada sangat.. Ada few tips yang korang boleh apply untuk bersihkan bantal ni, antaranya... 1. Jemur bantal di bawah terik matahari. Dengan cara ni mampu mebunuh kuman yang ada bawah bantal & memberi bau yg lebih segar kat bantal ni 2. Cuci bantal dengan air panas & pencuci yang lembut 3. Sembur dengan febreez. Tapi cara ni tak berap...

Misi Menghidupkan Semula RSAA

Image
Assalamualaikum.. Buat apa tu... hihi.. Kemain korang ye, semalam aku cerita pasal ikan laga pastu arini admin ada kabo kata arini page dorang terima banyak LIKE. Alhamdulillah..  Dah gi melawat belum showroom dorang? Dengar kata arini ada abang tu kemain borong sampai berbelas ekor. Murah betul ek ikan kat situ. Tapi ikan kat showroom tu memang cun baq angggg.....  Ok malam ni aku tak mau cerita pasal ikan laga. Malam ni aku nak cerita pasal misi untuk menghidupkan semula RSAA Enterprise. Nama ni dulu memang kami dah register dah, tapi atas sebab tertentu kami tak boleh maintain nama ni dalam SSM. So terkuburlah RSAA ni. So sekarang dia semangat lain sikit. Aku rasa dah tiba masa untuk hidupkan semula. Dah tak boleh tunggu masa yang sesuai, kena mula nanti masa tu akan tiba.  Harapnya tak la setengah jalan ye tak. Korang doa2 lah ye.  Aku mulakan dengan "membersihkan" page yang bersawang. Apa aku nak buat? Sabo ye.. pelan2 kita kasi bersih apa yang patut and we star...

Sepi 2 Tahun, Muncul Bersama Ikan Laga

Image
Haiii... Lama tak update.. Assalamualaikum buat yang Islam. Sejak bekerja semula since 2017 keadaan masa sangat tak mengizinkan untuk update blog. Ada yang rindu ke? Since nak buat come back ni, cer korang bagitau nak tau cerita apa? Ada yang nak tau tempat best nak makan ke kat Langkawi ni? or korang nak tengok hotel tempat aku kerja? Actually banyak cerita yang boleh dicerita.  Ok for today nak cerita pasal ikan laga. Pergh memang tengah trend kan cerita ikan laga ni sejak PKP aritu la..  Ok ni ada 1 page pasal ikan laga yang tengah hot dipasaran. Showroom dorang pun kat area Setiawangsa KL je (sebelah  stesen minyak Petronas).  Ok ni pintu showroom. Tangga color hijau. Korang naik la sampai atas. Buka dari kul 9.00 pagi sampai 5.00 petang je tau Isnin - Jummat. Hari lain kalau korang nak datang kena call set appointment. Jangan main terjah pulak tau. Nanti pergi tuan tanah tak ada kat showroom dah melopong korang kat tangga tu.  Nak call sapa? Ni korang wassa...

OKAYA Foundation - New Price

Image
Assalamualaikum... ni nak straight to the point je ni. nak bagitau. aku pun ada jual barangan make up gak tau.  tapi tak banyak la. ada la sikit. so ni antara salah satu yang aku jual. OKAYA Foundation sekarang dah new price dah tau. murah sikit. aritu dengar desas desus kata HQ nak naikkan harga. eh sekali turun da.... harga rapat aku nak kasi korang RM70 je termasuk kos pos. tapi ni harga semenanjung tau. kalau nak pos ke sabah sarawak kena tambah sikit je, RM5 je...  apa yang best OKAYA ni? korang google je apa yang best OKAYA ni, pastu nak order kasi whatsapp aku je 0132650441.  Nanti esok esok kalau berkesempatan aku sembang ngan korang kenapa ramai sangat suka dengan OKAYA ni sampai kejap je dah abis stok. nak tunggu stok baru lambat pulak.  Sekarang aku nak masuk tidur dulu. busy skit lately nak settle kan tender berlambak ni wehhhhh....  Gud nite uols......