Info Sharing: Kepada Ibu yg bersalin Ceasarean
Assalam semua!! Thanx sebab sudi baca blog aku yg tak seberapa ni... harini nak share 11 Tips bantu utk cepatkan penyembuhan luka semasa bersalin.. Luka Ceasarean ye.... Credit: AlamHamil 1. Bergerak lebih awal Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan. 2. Makan makanan berzat dan seimbang Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan da...