Posts

Selamat Tinggal. Jodoh Kita Cuma 7 Tahun

Assalamualaikum... Lama tunggu? Beria sangat aih.. macam la ada orang yang tunggu aku update. Update cerita pun setahun sekali payah. Apa yang busy sangat tu...? Tajuk tak hagak... Tapi tu lah. 7 tahun je jodoh aku berkelana di Langkawi. Lama jugak tu. Kalau beranak dah masuk darjah 1 dah budak tu. Tapi nak buat macamana rezeki nak beranak di Pulau Mahsuri tu tak de. Ni dah masuk umur 40 tahun ni idak la aku mengidam nak tambah ahli keluarga. hahaha..  Ada yang bertanya kenapa? Resign ke? Tak sayang kerja? Dapat kerja baru ke? Kemana pulak tu?  3 tahun pertama aku kat Langkawi, aku tak kerja pun lepas retrench kat Sapura tu. Follow husband yang masa tu posting ke sana. 3 tahun yang kalau boleh aku tak nak ingat dan kalaulah aku boleh padam memori tu. Tapi nak buat macamana, itu yang dah tertulis. Aku kena terima.  Lepas tu tahun 2017 husband aku resign dari Navy & dia pilih untuk balik KL. Kebetulan masa tu aku dapat kerja kat Resorts World Langkawi. Selepas pertimbagan, maka kami

My 1st Dose Vaccination

Image
Assalamualaikum... Sihat ke semua? Harap sihat la ye. Kes Covid pun makin hari tak nampak pulak surutnya. Macam kat Langkawi arini kes 167 kes, terbanyak la sejak kes pertama covid-19 dilaporkan.  Langkawi ni kecik je. Macam yang aku pernah cakap la dengan kawan2 aku, Bukit Malut tu umpama bom jangka. Sama macam Selangor ngan KL. 1 kes dapat detect dia akan merebak dengan sangat cepat. Dan?? ye instinct aku tepat! Aku bukan nak cerita bab covid ni sangat, korang pun mesti dah boring dengar cerita covid ni kan. Pandai2 la korang jaga diri tau.  Kali ni nak cerita my 1st dose vaccination. Masa mula2 aritu aku memang ambik pendekatan tunggu dan lihat je bila tiba bab vaksin ni. Aku just kutip info je dulu pasal vaksin ni. Pro & Cons. Dalam pada masa yang sama ramai lah kawan2 dah ambik vaksin ni. Tapi aku masih tunggu dan lihat, sampailah pihak management hotel & HQ dah start kutip nama siapa yang dah siapa yang belum. Must 100% vaccinated. Ko rasa? Dengan paksa rela aku register

Sejarah Aku Ketika MCO 3.0

Assalamualaikum.. Ha... last update March. Ni dah June. Bersawang betul. Dah masuk MCO 3.0 dah. Tak tau lah apa yang busy sangat sampai tak sempat nak menyembang dengan korang kat sini. Ada yang ternanti ke? (hahhaha perasan) Aku sebenarnya ada nak cerita ni. Sengal jugak aku ni kadang2. MCO ni semua tutup pukul 8 malam kan? kecuali stesen minyak & farmasi.  Nak dijadikan cerita, balik kerja sepatutnya aku singgah ke kedai membeli tuala wanita. korang tau tak tuala wanita tu apa? Menatang tu adalah PAD ! hahaha...  Aku sampai rumah balik kerja pun dah lambat dah pukul 7. Tapi aku boleh lupa nak singgah kedai uolsss..... Dah la mandi lambat, maklum la tak boleh solat. Meralit la dulu. Siap mandi jam dah pukul 8 lebih malam dah.. Tengok dalam laci pad aku mmg tinggal sekeping je!! Yenadey!! baru teringat yang aku sepatutnya balik kerja tadi kena singgah kedai.. Ni dah pukul 8 lebih ni apa nak digayakan? untuk malam tu ada la sekeping ni. Nanti nak tidur kena tukar, Esok pagi nak perg

Mewarnakan Rambut. Halal ke Haram?

Image
Assalamualaikum... Pa habaq uiiii... 1st post untuk tahun 2021. Macam2 dah jadi sepanjang 3 bulan di tahun 2021 ni.  Kebizian dengan kerja hakiki membataskan aku nak bersembang dengan korang. hahaha. Ok korang sekarang aku dah ade produk baru nak perkenalkan dengan korang.  Kalau korang mencari produk mewarna rambut yang patuh syariah dan wuduk compliance ha ini lah dia.... GUMASH Hair Color. Ada 6 warna semuanya.  Actually bukan ni yang aku nak cerita sangat pun. Lain post nanti aku cerita dengan korang kenapa hair color ni menjadi buruan ramai terutamanya dikalangan orang Melayu Islam kita dan juga kebanyakkan hair salon pun dah mula menggunakan GUMASH hair color ni.  Aku nak cerita apa hukum mewarna rambut bagi kita orang Islam.  Cuba tengok summary kat bawah ni.  Kesimpulannya, hukum ni bergantung kepada niat kita mewarnakan rambut. Kenapa? Tapi ada 1 ni hukumnya buat la kot mana pun tetap HARAM. Apa dia?? Ya kalau ko warna rambut lepas tu ko niat nak tayang kat orang yg tak boleh

Big Pay Scammer

Assalamualaikum..  wehhh nak cerita ngan korang ni.. Aku akhirnya terkena dengan scammer..  Sebelum ni pernah gak ada je scammer yang call, tapi aku berjaya patahkan modus operandi dorang ni, cuma kali ni aku tak tau la, camne boleh terkena.  Nasib baik hasil kerugian tu cuma RM60.00 je. Bukan RM600.00 kalau ratus tu mau menangis tak berlagu sepertimana aku kena rompak masa kat Alor Setar dulu ni.  Ok cerita dia macam ni...  Aku baru jer lepas mandi & bersiap dalam kul 7.34 malam macam tu. Tengah tunggu rider tapawfood hantar makan. Aku nak buka phone la nak track rider dah kat mana. Sekali masuk whatsapp call. Aku laju jer la angkat sebab ingatkan rider tu. Kot la tak jumpa rumah.  Dia kata dia call dari bigpay, since aku banyak guna bigpay dia buat offer la nak upgrade kad aku dari biru ke merah. merah ni kad platinum la. Aku memang byk guna debit kad bigpay. Tapi amount biasa tak banyak. Sikit2 je. Yang mahal pun guna bigpay booking flight ticket je la. sebab dengan Air Asia kal

Cerita Anniversary Kami yang ke 13

Image
Assalamualaikum... Selamat malam.. Lama tak update, ada yang tunggu ke tu? hihi.. Dah 26hb dah arini kan... kalau sesiapa yang follow or friend dengan aku mesti tau apa jadi semalam. hahaha.. Dalam sejarah oii..  Jarang berlaku terutama pada perempuan. Aku tak kata tak berlaku, tapi jarang berlaku ye..  Semalam cukup 13 tahun wedding anniversary kami.. kalau dicampur tolak bahagi tambah bagai, 19 tahun jugak lah kami dah kenal. Kenal dia since 2001. 2007 baru kawin. Lama? Lama la sebab aku ada target dalam hidup aku. Masa tu lah.. Tapi target aku tak menjadi bila _________________________ Ok aku tak mau ingat sejarah. Biarlah, dah jadi sejarah. Ni nak cerita sejarah lain ni.... So focus topik ni ye hahaha...  Ok, kenapa aku kata dalam sejarah? Sebab aku lupa semalam hari apa! kau hado? Sebenarnya aku bukanlah totally lupa. aku ingat je 2-3 hari sebelum kejadian. aku dah terfikir2 dah apa nak aku surprisekan incik laki based on kemampuan aku pada masa ni. Tapi disebabkan ke'bizi'

6kg hilang dalam masa 14 hari? Ini tips untuk mereka yang nak kurangkan berat badan.

  Assalamualaikum... buat apa tu.... since ramai dah bertanya tips bagaikan.. so aku share kat sini lah ye..  camne boleh lost 6kg dalam masa 14 hari? Actually, mula aku nekad untuk lost kilo ni bila penimbang dah nak cecah 59kg. Weh gile ahh.. tak pernah aku seberat ini. Paling berat aku pernah cecah 57kg je. Tu pun masa pregnantkan si Ainin. Pregnantkan si Adam pun berat aku 55kg je lepas tu dah beranak. hihihi... Aku perasan lama dah berat makin bertambah, cuma aku tak expect akan pergi jauh tu. Sekali timbang 58.5kg. Macam tak percaya... patutla bila berjalan peha berlaga, which sangat tak selesa, seluar jeans size 30 pun dah sendat giler dah masa tu, senak tau bila duduk.  Aku ada baca diet sugar, detox bagai. Tapi percubaan aku tak pernah berjaya. Baru start 2-3 hari, kantoi... Kantoi apa? Teh ais... hahaha aku paling tak leh kalau tengok Teh ais.. mudah tergoda.. Bila dah dtart payah nk stop. Dah macam addicted to Teh ais plak..  Perut dah start membuncit dan orang selalu tanya.